Friday, February 26, 2010

Ececeh...Glemer La Tu?

Saya memang rajin (tak malu mengaku sendiri). Yalah, saya rajin hantar gambar anak ke majalah untuk contest. Kadang-kadang adalah habuan. Seronok tau bila menang.

Ini gambar Hadif Syahmi yang saya hantar ke majalah Mami Baby, ruangan Keletah Si Manja keluaran Februari 2010. Dah tak ingat bila hantar gambarnya. Bila dapat e-mel suruh claim hadiah barula terhegeh-hegeh pergi beli majalah tu. Simpan buat koleksi, bila besar nanti Hadif boleh tengok.


Hadiahnya, barangan Carrie Junior.

Ini gambar Haziq Fahmi dalam majalah Pa&Ma keluaran Mac 2010. Untungnya sebab dapat gak hadiah. Gambar yang bertanda saja akan dapat hadiah walaupun disiarkan dalam majalah. Dapat hadiah apa saya tak ingat, tunggula bila sampai nanti.


Syukur dengan rezeki yang saya dapat. Cubalah hantar, kot-kot ada rezeki. Manalah tahukan.....

No comments: