Thursday, February 25, 2010

Gathering Susuibu.com & Ratuhati.com

Saya beria nak pergi gathering ni. Kali pertama gathering sebelah utara diadakan saya tengah mengandungkan Hana Alesya. Kalau tak silap masa tu Hana pun tengah mengandungkan baby keduanya, Firas.

Kami sekeluarga sampai lewat, seperti biasalah. Nak siapkan anak 3 orang termasuk barang-barang yang hendak dibawa sama memanglah mengambil masa. Masa saya sampai, sesi memperkenalkan diri. Sampai saja terus diminta memperkenalkan diri. Termengah-mengah saya.


Acara pertama adalah talk berkenaan babywearing dari Shida. Sambil kendong Asri Irfan, Shida memperkenalkan pouch kepada semua. Pada masa ni saya diminta demo cara-cara pemakaian pouch.


Shida kemudian memperkenalkan ring sling dan SSC. JumpSac Orbit SSC saya digunakan, yippe! Saya pasti sangat Dura suka dengan SSC saya tu. Lepas ni mesti beli.


Hana Alesya anak yang baik, duduk diam je. Cuaca hari tu memang panas, tapi dia lansung tak meragam.



Masa ni Huzein dan anak-anak menghilangkan diri. Rupa-rupanya main di taman mainan.



Talk seterusnya diberikan oleh husband Hana. Talk berkenaan kecederaan yang boleh berlaku di rumah especially pada anak-anak. Diterangkan juga bagimana nak hadapi detik-detik cemas. Kesian kat Abi Faris ni kena bagi talk dekat kawasan panas.


Saya sempat dengar sekejap, lepas tu terpaksa melayan anak-anak.

Sesi seterusnya bersama Dr. Balkees. Perbincangan mengenai Low Weight Gain for Breastfeeding Baby. Sempat saya semak berat Hana Alesya dengan Dr. Balkees sebab saya risau berat badan dia yang tak naik banyak sangat. Tapi, kata Dr. Balkees berat Hana Alesya ok saja. Lega hati ni.


Lepas celebrate birthday Hadif Syahmi, acara yang ditunggu-tunggu apa lagi, lucky drawla. Saya jadi tokei untuk lucky draw hari tu.


Hadiah banyak sangat sampai buat lucky draw 2 kali. Harap-harap semua berpuas hati dengan hadiah yang dapat dan cara pengendalian. Saya lebih sibuk dengan anak-anak dari buat kerja.


Harapnya gathering seperti ini boleh diadakan lagi pada masa akan datang. Saya happy walaupun penat dengan anak-anak dan cuaca agak panas pada petang tu.

Nota: Terima kasih pada kawan-kawan yang bagi saya cilok gambar.

No comments: