Friday, February 12, 2010

Itu Wii Saya Yang Punya

Saya masuk contest Idola Kecil. Teka Idola mana yang paling popular. Saya teka Dayana. Jujurnya saya tak pernah tengok rancangan Idola Kecil betul-betul. Saya teka Dayana pun sebab suka dia menyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta masa rancangan Nasi Lemak, Kopi O.


Hasil tekaan itu, saya menang ini Wii. Saya tak hantar banyak pun penyertaan. 3 penyertaan saja. Tapi dah jadi rezeki saya, alhamdulillah. Jadi, itu Wii saya yang punya. Terima kasih Dutch Lady!





Beria benar anak saya. Tapi yang paling beria tentulah Haziq Fahmi.

No comments: