Friday, February 12, 2010

Karnival Jualan Buku

Saya suka karnival macam ni sebab boleh dapat beli buku murah. Saya ajak Huzein pergi, saja nak tengok-tengok. Kalau ada buku yang best, saya boleh beli. Tak ramai yang pergi. Mungkin sebab buku yang ada banyak untuk budak sekolah.


Kami pergi sebab nak bagi Haziq lebih rajin belajar. Kami biar dia pilih buku yang dia suka.


Saya kendong Hana Alesya dalam Mei's Mei Tai. Masa baru sampai, dia tertido. Ramai yang jenguk-jenguk nak tengok dia di dalam Mei Tai. Mungkin rasa pelik. Tapi saya dah biasa dengan reaksi macam tu.

Masa ni dia dah terjaga. Tembam betul muka Hana Alesya ni. Rupa dia macam baby boyla. Lepas ni nampak gayanya saya kena pakaikan dia topi atau hairband biar nampak girl sket.



Hadif Syahmi seperti biasa, riang ria habis. Penat betul kejar dia. Nasib baik saya kendong Alesya dalam Mei Tai.


Haziq Fahmi dapat buku Ben 10 duduk diamlah dia. Dah besar, tak susah sangatla nak kawal dia.


Banyak buku yang kami beli untuk Haziq Fahmi. Saya pilih satu buku saja. Nampak gayanya saya kena kemas mini library di rumah. Saya nak susun buku elok-elok lagi.

Sebelum balik saya minta Huzein ambilkan gambar saya. Baru saya perasan, saya pakai Mei Tai ni terbalik. Pulak tu dah hampir melandut sebab saya tak ikat ketat-ketat. Tapi saya tetap maintain comel.

No comments: