Monday, February 1, 2010

Makan Oren Susu Banyak?

Saya suka makan oren. Saya pernah terbaca dalam majalah Pa&Ma makan oren boleh menambahkan susu badan. Saya tak pasti. Tapi saya memang suka makan oren. Kata orang makan oren untuk tujuan pelawasan dan boleh kuruskan badan. Kuruskan badan? Ini yang saya suka!

Selalunya bila Huzein ke pasar malam, dia akan beli oren banyak-banyak. Pasar malam di kawasan rumah saya ada 2 kali seminggu. Jadi, 2 kalilah Huzein akan borong oren. Itu belum termasuk yang dibeli di kedai buah. Kiranya oren ni sentiasa ada dalam peti ais di rumah. Ini oren yang baru Huzein borong. Orennya besar-besar dan manis. Sedap.



Anak-anak pun dah jadi suka makan oren. Tapi makan dengan mereka kadang-kadang nak marah pun ada. Sebabnya mereka makan macam orang kaya, main hisap air saja. Isinya tak dimakan. Yang tinggal kulit saja, saya yang makan. Yang masih ada isinya, Haziq Fahmi yang makan.


Malam tu Hadif Syahmi tak join kami makan oren. Dia demam dan sedang tidur. Haziq Fahmi sibuk suruh saya ambil gambar dia tengah makan oren. Macam-macamlah.....

5 comments:

Afne said...

afne pernah terbaca jugak. masa bf hana dulu perasan gak bila mkn oren then ebm ada meningkat skit.

Hana Seman said...

Aisyah, saya memang suka makan oren gak. Itulah buat feveret saya. Time dalam pantang itulah buah yang saya request..
Kalau makan kat kedai pun suka order fresh orange suam..

Anonymous said...

kak aisyah...utk nora mmg betul..kalo lepas mkn oren jer mmg akan rasa engorge..minum jus oren pun gitu..tapi tu semua kenangan..huhuuh

Aishah Megahasz said...

Lepas ni haruslah makan oren banyak-banyak.

m@Ri@ said...

maria pn suka oren..sedap2..;)