Friday, February 12, 2010

Mei's Mei Tai

Saya gatal-gatal mencuba Mei Tai. Bila Farid tanya siapa nak try Mei's Mei Tai V2 saya pandai-pandai angkat tangan. Bila Mei Tai dah ada dalam tangan, saya ciwi jugak (sama macam bila saya dapat JumpSac Orbit SSC). Tapi dalam hati ragu-ragu, pandaika saya nak pakai Mei Tai ni? Mei Tai ni bagi saya sangat susah nak dipakai sebab talinya berjela dan kena ikat sana, ikat sini. Susahla bagi saya!


Tapi bila saya cuba, rupanya takla susah mana pun. Itupun saya main ikat-ikat saja. Feelingnya sangat best (ayat apa ni?) Feeling yang sangat berbeza dari pakai SSC. Saya tak boleh nak explain. Tapi sangat bestlah! Rasa macam teringin nak ada Mei Tai sendiri pun ada jugak. Tapi kena kira-kira duit tabung dulula.

Idea yang paling best tentang Mei's Mei Tai adalah tali untuk kecilkan body panel untuk baby yang lebih kecil. Sorryla gambar tak berapa clear sangat.


Sleeping hoodnya pun saya suka. Selain boleh diadjust, jahitannya sangat cantik.


Tempat untuk sangkutkan sleeping hood pun cute saja. Tapi jauh sangat dari bahu saya. Kalau nak pasangkan sleeping hood kena bantuan orang lain. Kalau sorang-sorang haruslah saya tak pasang sebab tak sampai.


Ini action picture saya. Oklahkan untuk orang yang pertama kali cuba Mei Tai macam saya.



Bagi saya, kalau nak pakai Mei Tai mesti ikat ketat-ketat. Kalau tidak, lama skit mesti rasa melandut. Tali Mei's Mei Tai ni pun cukup panjang. Ok bagi saya.

Ini gambar syok sendiri. Harus ada!



Last sekali saya Mei Tai ni senang disimpan. Ikat/bungkus elok-elok macam ni je....

3 comments:

Rozy said...

amboihhh amboihhh.....
macam2 noo aishah...
rozy dah lama tak guna baby carrier...winduu lakss huhuhu

Aishah Megahasz said...

Rozy, takpe tunggu berapa bulan je lagi boleh kendong baby baru. Aishah dulu kendong Hadif sampai peknen 4 bulan lepas tu dah tak larat dah tak ada stamina.

meistai said...

aishah,
thank you!! :)