Wednesday, February 17, 2010

Tips Travel Dengan Anak-Anak

Saya nak kongsi tips travel bersama anak-anak. Maklumlah anak dah 3, jadi adalah pengalaman skit. Ini tips untuk yang travel dengan kereta ya.....

1) Sediakan satu beg kecil untuk memuatkan sepersalinan baju anak, lampin, tuala kecil dan bedak. Bila tiba masa untuk menukar lampin, tak perlulah nak memunggah beg baju yang besar tu. Beg pilihan saya adalah jenis bag pack. Senang nak bawa. Di depan saya kendong Hana Alesya, di belakang saya kendong bag pack.

2) Saya tak memerlukan handbag. Barang keperluan saya (beg duit, handphone, kamera) saya masukkan sekali di dalam beg tersebut. Lecehkan kalau bawa banyak-banyak. Silap-silap boleh tertinggal.

3) Jangan lupa bawa MyKid anak-anak. Jika kecemasan berlaku, pengenalan anak-anak sudah ada. Lagi satu, kalau ditahan polis dan anda tiada pengenalan anak-anak, mungkin anda boleh dituduh menculik. Walaupun muka si anak sama je macam si abah, tapi dah tiada bukti, polis mungkin tak percaya itu anak anda.

4) Bila pek baju anak-anak, silala bawa lebih. Budak-budak seperti biasa mesti akan comot. Kadang-kadang belum pun sampai sehari, comotnya aduhai.... Lain-lain masalah seperti lampin terbocor dan terkena seluar adalah perkara biasa. Jadi, bawalah baju lebih. Pergi bercuti mana ada masa nak basuh-basuh ni. Tak syioklah!

5) Lampin anak saya bawa pek besar. Jangan berkira-kira nak bawa dalam jumlah tertentu. Bawa saja sepek besar. Senang. Nak masuk dalam hotel, ambil saja berapa banyak yang nak pakai (lebihkan skit lagi bagus) dan letak dalam beg. Jadi, tak perlulah bawa sepek besar tu ke dalam hotel, tinggal je dalam kereta.

6) Susu Haziq dan Hadif saya letak dalam bakul khas termasuk termos dan bekas air masak. Saya juga sukat susu siap-siap dan masukkan dalam container. Jadi, saya taklah terhegeh-hegeh nak sukat susu bila tiba masa nak membancuh. Senang dan cepat. Hana Alesya juga yang mudah. Main selak saja. Tak perlu termos, tak perlu air masak. Itulah untungnya breastfeeding.

7) Di dalam raga tersebut juga, saya sediakan satu botol air (botol berstraw jenama Anakku) khas untuk anak-anak minum. Bila anak nak minum bagi je botol ni. No cawan-cawan, susah. Silap-silap boleh tumpah.

8) Bawa juga biskut. Bila anak-anak melalak lapar ada juga benda yang boleh dikunyah.

9) Saya memang muka tak malu. Bila bersarapan di hotel, saya akan bawa tupperware bersama. Saya akan tapau makanan yang anak-anak boleh, suka dan senang makan macam nugget dan sosej. Budak-budak ni time makan, mereka nak main. Bila dah lapar, baru ingat nak makan. Jadi, makanan yang saya tapau pasti habis.

10) Saya bawa juga mainan untuk anak-anak bila travel. Jadi Mr. Bee, Pooh dan Giraffe saya bawa bersama. Bila anak-anak boring dalam kereta, masa tulah Mr. Bee, Pooh dan Giraffe boleh menghiburkan.

Sekian, tips dari saya. Kalau ada yang nak menambah silakan.

6 comments:

catyelia said...

Bestnya baca k.Aishah...Bagus la tgk blog kak Aishah ni very informative..

Aishah Megahasz said...

Sharing is caringkan :D

honeylanz said...

salam kenal... suka dgn tips ni..mmg kalu driving long distance..kn sediakan toys 2-3 jenis kt kids..

Aishah Megahasz said...

Salam kenal Honyelanz :D

Ummu Ukasyah said...

terima ksih di atas infonya. berguna sebab first time nak bawa anak travel jauh.

Aishah Megahasz said...

Ummu Ukasyah: Salam kenal dan selamat bercuti dengan family :D