Tuesday, March 23, 2010

Aktiviti Di Hujung Minggu

Hujung minggu saya sentiasa sibuk. Kalau tak balik kampung mesti pergi kenduri, takpun shopping. Eh, bukan tiap minggu shopping baju tau, shopping barang dapur/rumah. Tupun kira shopping jugakan.

Selalunya kami sekeluarga shopping barang dapur dia hypermarket macam Giant, Tesco atau Carrefour. Bergantung pada di mana ada banyak barang keperluan yang buat offer murah. Minggu lepas kami ke Carrefour. Sambil shopping, layan anak bersilat. Tengok tu.....


Orang sibuk, Haziq & Hadif lagi sibuk. Supaya Haziq & Hadif tak kacau banyak, saya berikan mainan. Pinjam sekejap, time nak balik tinggalkan. Jangan harapla Ibu nak beli mainan merepek-repek macam tu.



Hana Alesya senang je, tidur dan kendongan. Memudahkan kerja saya pilih barang. Kalau tak dia pun sibuk nak mencapai barang.


Habis shopping barang rumah, kami ke Jusco Prai pula. Saya nak beli kasut di Vinci sebab dapat baucar dari Vinci.


Sampai-sampai saja, Haziq & Hadif ternampak tempat yang sungguh saya & Huzein malas nak singgah. Tapi, layan jugala.



Hana Alesya tengok sajalah abang-abangnya main. Belum dapat kaki lagi.


Ok, silalah keluar. Ibu dah letih. Bukan letih berjalan atau kendong Hana Alesya atau shopping lama sangat. Tapi letih kejar Haziq & Hadif.


Lepas beli kasut di Vinci, kami masuk ke Jusco. Nak carikan Haziq suar kecik. Dia memilih skit, suar kecik nak cap Ben 10, Batman, Superman dan segala Man lagila. Nasib baik tak request nak Cicakman. Mana saya nak cari?



Hadif pun nak juga. Belikan juga untuk dia.


Hana Alesya? Takpe kecik lagi. Tak payahla beli suar kecik. Hmm...saya kata nak try Cloth Diapers tapi tak try-try juga. Apalah ibu ni.....

No comments: