Thursday, March 11, 2010

Hadif Syahmi Yang Lucu


SITUASI: Saya drive kereta bersama Haziq, Hadif & Hana Alesya. Supaya anak-anak tak boring, saya ajar mereka menyanyi lagu kanak-kanak macam Twinkle Twinkle Little Star. Hana Alesya tak termasukla sebab dia masih belum boleh bercakap. Tapi Hadif Syahmi diam saja.
SAYA: Hadif kenapa diam? Haziq tanya Hadif nak menyanyi lagu apa?
HAZIQ: Hadif nak lagu apa?
HADIF: Lagu Selamat Hari Raya
SAYA: er.... (lari topik la Hadif ni)

SITUASI: Tiap malam sebelum tidur, Hadif akan minta Huzein bercerita pada dia. Malam tu dia nak dengar cerita 3 ekor bear dengan notty girl. Huzein pun berceritalah.
HUZEIN: .... notty girl masuk dalam rumah bear. Tapi dia tengok tak ada siapa pun dalam rumah tu. Mana pergi semua bear?
HADIF: Tu dia.... (sambil tunjuk pada saya)
SAYA: Eh...apasal pulak ibu jadi bear?
Tapi time ni memang lawakla. Saya ketawa lucu!

SITUASI: Huzein tengah marahkan Haziq yang nakal.
HUZEIN: bla...bla...bla.... Abang kena tunjuk contoh yang baik...bla..bla..bla.... Kamu ni adik ke abang?
HADIF: (menyampuk)... big boy
Saya ketawala apa lagi. Memang luculah Hadif ni. Huzien yang tengah marah pun nak ketawa.

SITUASI: Saya nyanyikan lagu Nenek-Nenek pada Hana Alesya sambil minta Hadif sambung.
SAYA: Nenek nenek, si bongkok.....
HADIF: ..... tiga
SAYA: Siang mengantuk, malam.....
HADIF: ..... berjaga
SAYA: Mencari cucu, di mana.....
HADIF: ..... ada
SAYA: Nenek ku kahwin dengan.....
HADIF: ..... raja lawak
Saya gelak guling dengar Hadif Syahmi kata raja lawak. Memang lucu.


Saya tua nanti Hadif Syahmi bakal jadi penghibur hati saya. Haziq Fahmi? Dia pendengar yang setia, sesuailah dengan karakter dia yang sensitif dan anak sulung pulak tu. Hana Alesya teman ibu jalan-jalan dan shopping ye.....

6 comments:

LiXa the Mama Alya said...

hahaha..lawak2 la anak2 awak Aishah..i pun tak sabar nak tunggu Yaya bercakap..mesti bertih cam papa die

Zainab binti Norazman a.k.a ibu dania said...

haha.. tomei nya.. kelakar...

Aishah Megahasz said...

Tula..Hadif ni memang lawak :D

Hannah said...

So sweet. That's what we called as a "Rahmat ALLAH" ..anak2 adalah penghibur kita...Stay cute Hadif!

Anonymous said...

Salam... Nama anak saya yang sulung pun Hadif Syahmi and adik dia Hana Nabihah.... Si Hadif ni memang selalu buat saya dan suami ketawa dengan keletah lucu dia .tak kering gusi n kadang2 tu teringat2 kat tempat kerja ,boleh tergelak memanjang

Aishah Megahasz said...

Anonymous: Maybe orang yang namanya Hadif Syahmi ni lucu orangnya. Dia bakal jadi penghibur saya bila tua nanti :D