Thursday, March 11, 2010

Hana Alesya: Potong Rambut Di Kedai

Rambut Hana Alesya makin hari makin panjang. Pulak tu rambut dia jenis tebal. Cuaca sekarang pun panas, asyik meleleh je peluh dia. Kesian pulak saya.

Jadi, saya dan Huzein bawa dia ke kedai gunting rambut. Kedai yang biasa Hadif & Haziq gunting rambut. Dalam hati was-was juga takut dia tak nak dan menangis sebab diakan kecik lagi. Baru 6 bulan lebih. Abang-abang dia umur setahun lebih baru start gunting rambut di kedai.

Tapi, alhamdulillah akhirnya rambut Hana Alesya selamat di gunting. Tenang saja dia duduk di pangkuan saya. Duduk diam, seolah-oleh bersedia.




Ini semasa rambutnya digunting.


Akhirnya siap. Dapatlah dia rambut yang lebih nipis dan pendek.


Inilah hasilnya. Nampak macam baby boy tak? Takpela, asal Hana Alesya selesa. Besar skit boleh simpan rambut panjang.

2 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

saya suka entri ni..anak saya pun cukur rambut kat salon ms umur 6 bln..sebab saya dan suami takuuuut cederakan dia hu hu hu

Aishah Megahasz said...

Anak-anak akak semua potong rambut kat kedai amoi tu termasukla abang-abang Alesya. Senang :D. Kalau potong sendiri tak dapatla potong banyak, skit2 je takut cedera.