Friday, March 5, 2010

Nyum, Nyum.....

Umur Hana Alesya telah mencecah usia 6 bulan. Alhamdulillah hasrat saya untuk menyusukan dia secara ekslusif selama 6 bulan telah berjaya. Target saya selepas ini adalah untuk menyusukan dia sampai usia setahun pula dan seterusnya sehinggalah 2 tahun, Insyalllah.

Bila umur dah masuk 6 bulan, baby akan diperkenalkan dengan makanan pejal. Jadi, inilah usaha saya yang pertama untuk beri Hana Alesya makan. Berbekalkan periuk Italy hasil sumbangan setem Giant dari kawan-kawan...hahahaha saya dengan jayanya telah memasak bubur nasi kepada Hana Alesya.


Setelah dikisar dan ditapis, inilah hasilnya.


Hana Alesya ni macam teror je makan. Mula-mula tu main jilat-jilat saja sebab tak reti kot. Lepas tu makan dengan lahapnya. Sedap kot ibu masak, walaupun rasanya tawar sebab tak letak garam.


Makan sampai comot muka.


Pengakhirannya, tengahari tu tidur dengan aman dan damai.

6 comments:

Rozy said...

chedappppnyaaaaaaaaaaaaaa...
alesya... acik rozy nak cikit!!

Aishah Megahasz said...

Cedapka? Tawar tapi dia hantam sampai bulat perut....hahahahaa

nigina said...

ala sedapnya .. anak gina pun dah nak masuk 6 bulan.. gina pun nak sediakan makanan pejal untuk dia juga... but gina masih teruskan bf juga..

Afne said...

sedap tu.. skrg haziq dh start mkn bubur nasi+brokoli+carrot+ikan tenggiri. seronok tgk diorg mkn dgn berselera. hilang penat msk bubur hehe

scudmami said...

salam..
alahai sedap nye..
my baby Faris tak suka bubur nasi + carrot or potato, dia suka bubur nasi + spinach or broccoli..

before this anak2 sume makan nestum then bubur bila dh tumbuh gigi, but with Faris i managed to fully BF him (till now alhamdulillah), BW him and CDing him.. best best best...

btw, congrats fully BF baby...

p/s met u in MBW

Aishah Megahasz said...

Bagi Hana Alesya sedap kot...hehehehe. Ibu rasa macam tak cedap je.