Friday, March 19, 2010

Saya Ciwi Dapat Wii

Ok, semua orang boleh kata saya ni peghak, jakun atau apa saja saya tak kisah. Tapi saya memang ciwi bila dapat Wii. Saya tak sangka Wii ni best sangat!. Mula-mula dapat, yang excited Huzein saja. Tapi bila dia tunjuk cara-cara nak main, bukan kata anak-anak, saya pun teruja.

Dengan Wii macam-macam boleh. Main boling, golf, tenis dan macam-macam lagila. Masa ni kami test main boling.




Haziq Fahmi memang cepat belajar. Sekejap saja dia dah tahu macamana nak main Wii ni.


Hadif Syahmi pun nak cuba juga walaupun tak reti. Orang nak ajar dia kata "Tak mau!". Macam pandai sangat.




Akhirannya berebut-rebut Haziq & Hadif. Last-last kena simpan. Tak sempat nak test lama-lama. Aduhai anak-anakku.

No comments: