Monday, March 22, 2010

Saya Yang Gigih

Saya tak sangka saya akan begitu bersungguh-sungguh untuk breastfeed Hana Alesya. Sebelum ni saya cuma pakai Avent ISIS dan saya ingat saya akan bertahan pakai Avent ISIS sampai bila-bila. Tapi apakan daya, selepas ditukarkan ke department baru, saya kena mengejar masa. Jadi selepas berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk membeli Medela Freestyle. Itupun selepas saya test Medela Freestyle kawan office saya Salmiah. Dah puashati baru saya beli. Kalau tidak, jangan haraplah. Harganya aduhai, mahal benar. Jumaat lepas Medela Freestyle ini saya dapat.


Saya beli dari My Breastpump Shop. Kawan-kawan yang selalu singgah di Susuibu.com mesti kenal dengan taukehnya Aja. Aja ni adalah geng yang sama-sama masuk contest Foto Impian Berganda tak lama dulu. Dia dan husbandnya Faiz dapat nombor dua. Tak sangka kami jumpa balik di alam maya. Ops, lari topik pulak.


Saya sangat teruja nak test pam baru ni. Tapi, keterujaan habis begitu saja. Memangla saya sangat teruja nak test pertama kalinya Medela Freestyle ni. Malangnya saya terlupa bawa botol susu ke pejabat. Adoi, geram betul! Tapi saya tak singkat akal. Saya tahu saya seorang yang gigih :D. Dengan kreatifnya saya pakai tupperware yang memang saya simpan di pejabat. Dapatlah saya mengepam dengan aman.


Tapi tak dapatlah nak buat double pumping. Kalau tupperwarenya ada dua pun saya tak mampu nak buat double pumping sebab susah nak kontrol.


Habis pam, tutup kemas-kemas dan simpan dalam cooler bag.


Berapa OZ dapat hari tu saya tak pasti. Yang pasti, saya tahu saya seorang yang gigih dalam usaha untuk breastfeed anak saya. Gigih tak saya?

20 comments:

izzahazfar said...

Heheheh...tak leh bayang biler akak pump tak pakai botol...hehhehe

*kita jadi gigih bila nak bg yg terbaik kat anak...

precious innocent said...

tgg imagine pengaliran susu tu masuk dlm tupperware... hehe...

pumping & bf nie x susah.. kita yg buat 'dia' kan?

-mama emma®-

Afne said...

kak, afne sgt jeles hokeh! takde botol bukan alasan.

Rozy said...

nak seribu daya kannn....

selamat berstylo ya!!

mirah said...

ya memang gigih anda! :)

Aishah Megahasz said...

Izzah: Izzah lagi gigih. Siapala sanggup pam dekat 10kali macam Izzah :D?

Emma: Skit hari lagi jom join the club..hehehehe

Afne: Kalau nak simpan duitla skit2. Tak rugi beli tau.

Rozy: Selamat...hahahahaa. Syok tau!

Mirah: Hehehehe..thanks.

Hanz said...

Bagus2 gigih..my production getting lesser..dah nak masuk stage weaning kut...June ni cukup Hambali 2 yrs.

Aishah Megahasz said...

Hanz, syoknya dah nak cukup 2 tahun. Legakan...

Nurul Aima Hj Kaim said...

chaiyo chaiyo..

Sanaa Elias said...

bagusnya dear....
keep up the good work.

the baby needs the best!!

mamanoa said...

wahh..aishah..slamat br-FS..giler stylo pas ni..free-style beb,duk menaip pun bleh pam(mcm i buat skang ni) hahahah...

nora said...

wah bestnye k.asihah dah beli FS nih..anyway,congrats for ur really hardwork on BF...nora ada something nak bg kat k.aishah..tapi lupe plak nak bw...esok i'allah kalu x de aral melintag....

Aishah Megahasz said...

Nurul Aima: Caiyok kena usaha lebih la dah beli memahal ni.

Sanaa: Ya, setuju, baby needs the best!

Mamanoa: Alamak tak berani la pam dekat workstation. Karang semua orang nak tengok lagu apala Aishah dok dengar...hahahaha

Nora: Thanks, ini usaha nak bagi berjaya BF la ni :D. Wah..nak bagi apa? Excited pulak nak tau..hehehehe

alinarman said...

chaiyok aishah.. gigih!
alin pun pernah terlupa bawa botol..kekeke.. so kekdahnya.. pam masuk dlm cawan n pastu baru cari n tuang dlm tupperware.... n pernah gak xbawa pump.. perah je dgn tgn.. dpt byk jugak.. nk seribu dayakn.. chaiyok!

Aishah Megahasz said...

Alin: Aishah tak pernah tinggal pam. Pergi mana pun bawa. Tak pakai pun bawa juga. Pam ibarat nyawa...hehehehehe. Begitu juga baby sling :P

ninarif said...

wah aishah! memang gigih! bila dah desperate tu creative je la ek..

m@Ri@ said...

wah kreatif akak..maria kalau terlupa bw botol terus mati kutu..hahah..slmt berfreestyle akak..

Aishah Megahasz said...

Kak Nina & Maria: Kena kreatifla. Lagipun kalau tak pam aduh sakit tau.

m@Ri@ said...

em best ek paaki FS ni?ingat nak beli tp mengenangkan harganya yg mahal..terus fikir 45 kali..huhu..

Aishah Megahasz said...

Maria: Akak dulu pun macam kedekut nak keluar duit. Last2 beli juga. Menyesal tak beli FS ni awal-awal.