Friday, March 5, 2010

TMC Family Day

Last week Tadika Haziq Fahmi buat Family Day. Start jam 7.30 pagi pulak tu. Nasib baik buat dekat dengan Tadika saja dan Tadikanya depan rumah kami. Kalau tak kelam-kabut jugalah pagi tu sebab saya terlewat bangun. Dekat jam 7.00 pagi baru terjaga. Teruk betul.



Kalau tahun lepas Haziq Fahmi dalam pasukan Hijau, tahun ni dia dalam pasukan Merah. Sebagai menyokong pasukan Haziq, kami sekeluarga pakai merah. Meriah gitu!




Semangat sungguh Haziq Fahmi. Beria dia main sukaneka dengan kawan-kawan.




Hadif Syahmi pun tumpang happy main dengan kawan-kawan abangnya. Maklumlah ada yang dia dah kenal.


Saya mengendong Hana Alesya dalam Littlepods SSC. Seperti biasa, ini gambar syok sendiri saya!


Akhirnya dia tertido. Orang lain, bawa stroller dan ada yang mendukung seperti biasa. Macam nak racun saja dengan babywearing ni sebab ramai parents yang datang ada yang bawa baby sekali.



Banyak juga acara yang Huzein masuk termasuklah acara isi air dalam botol ni.



Saya cuma masuk satu acara saja. Acara makan kek sekeluarga. Kami makan kek ni satu family. Nasib baik keknya sedap.



Gambar saya makan kek tak ada sebab saya makan kek sambil babywearing Hana Alesya. Teror betul!

Last-last Hana Alesya terjaga. Inilah dia muka budak yang blur sebab tak tahu apa yang terjadi pada hari itu.

No comments: