Thursday, April 1, 2010

100 Sambutan Harijadi

Nak menang sambutan harijadi untuk anak anda? Best tau, ada 100 peluang. Jom masuk Peraduan Snap, Send & Win anjuran Drypers.


Saya tahu mengenai peraduan ni pun masa shopping barang rumah di Giant. Kalau nak masuk carikla borang kat mana-mana hypermarket, mesti ada punya.

Lepas tu apa lagi, beriala ambik gambar Hana Alesya pakai Drypers. Harapnya dapatla menang hadiah sambutan harijadi untuk dia. Best tau sebab buat kat KFC.




Gambar-gambar di bawah ni tak layak kot sebab tak nampak jelas Drypersnya. Tapi nak tempek jugak di sini sebab cute.






Tapi sampai sekarang tak ada masa nak ke kedai cuci gambar Hana Alesya. Malas nak ke kedai sebenarnya. Takpe, birthday Hana Alesya lambat lagi bulan 8, kira kalau hantar bulan depan pun masih ada peluang lagi.

Jom masuk ramai-ramai ok. Tarikh tutup adalah sehingga 15 November 2010. Tapi kalau birthday anak tu dalam masa terdekat ni, baik hantar sekarang. Nanti terlepas pulak birthdaynya. Saya pun kena cuci gambar segera ni, karang terlepas peluang. Selamat mencuba!

2 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

alaaaaaa...birthday nur jr dah lepas T-T beli drypers baru2 ni xde pun contest sedih uuu

Aishah Megahasz said...

Nurul: contest ni lama dah start dari bulan Januari rasanya. Kalau pergi shopping tu belek2la borang baru tak terlepas....