Thursday, April 29, 2010

Akibat Tidak Mendengar Cakap Ibu

Petang itu, Abah nak tidurkan saya dan abang Haziq. Kami semua naik ke tingkat atas rumah. Tapi, setelah beberapa minit, saya rasa susah sangat nak pejamkan mata. Lalu, saya membuat kacau di dalam bilik. Ini telah menyebabkan Abah naik angin dan menyuruh saya turun ke tingkat bawah.

Di tingkat bawah ada Ibu dan Adik Cha. Ibu tanya, "Ni kenapa tak tidur ni?". Saya jawab "Tamau!"

Bila dah turun di tingkat bawah, saya ingat ok. Tapi tak sangka boring juga. Ibu pula suka sangat marah saya bila saya kacau Adik Cha. Tiba-tiba saya teringatkan sepit makanan. Ibu sorokkan dari saya. Tapi saya tau di mana Ibu simpan. Jangkaan saya tidak salah....heheheheheh dapat juga sepit itu.

Sungguh seronok main dengan sepit ini. Saya sepit bola, lego, buku dan Adik Cha pun saya nak sepit juga. Dan seperti biasa Ibu akan marah lagi. Untuk mengalihkan perhatian saya, Ibu telah membuka cerita Dora di TV9. Oh, menarik juga. Saya pun menonton cerita Dora sambil berbaring. Sepit itu masih di tangan. Tak boleh lepas, sebab takut nanti Ibu sorokkan lagi.


Tiba-tiba saya rasa mata saya semakin berat. Cerita Dora masih kedengaran tapi tidak berapa jelas. Mata semakin berat, kabur dan gelap. Cerita saya berhenti setakat ini sebab lepas tu saya pun tak tahu apa yang terjadi.


Itulah akibat tidak mendengar cakap Ibu. Ibu suruh tidur tak nak tidur dan sekarang tertidur dengan sendirinya. Siapa nak jawab?

5 comments:

nora said...

cutenye die tido!!erm..besar2 nih mmg susah sgt le nak tido..nurul pun sama gak..punya la plan nak buat keje lepas tidokan die...end up...umi n abah dia tido sekali..kui2x

Zaidah said...

comelnyer dia titun...bebudak klu dah meningkat umurnyer memang susah nak titun...firas skrang niepun klu tak pkul 12.00am tak tidur..

Rozy said...

hadiff pun suka men sepit.. sepit baju, sepit makanan, sepit rambut..

Afne said...

so cuteeeeeeeee ok!

.:chEyaNtie:. said...

laaaa ingatkan kena piat telinga ke,tersepit kat tangan ke hehhe rupenye dia tido hehhehe saspen saspen