Sunday, April 4, 2010

Anak-Anak Adalah Rezeki

Ada yang bertanya pada saya, "Mencabar tak nak handle tiga orang anak yang masih kecil?." Jawapan saya, "Suuuuuungguh mencabar, tapi kena banyak bersabarlah." Dengan anak-anak yang masih kecil atau dalam bahasa kasarnya tak reti melayu, tiada pembantu rumah, tugas menjaga anak-anak kadang-kadang buat saya nak pencen menjadi ibu hahahahaa......


Anak-anak saya yang comot :D

Saya percaya dengan kata orang dulu-dulu, anak-anak adalah rezeki. Pernahkah bila kita terjumpa kawan lama ada yang bertanya berapa banyak duit dalam bank yang kita ada? Tak pernahkan? Biasanya orang akan bertanya, dah berapa orang dah anak? Kalau ada sorang anak, bagus. Dua orang lagi bagus. Kalau ada 3 orang hebat (macam saya...hahahaha) dan kalau 10 orang memang superhebat dan kayalah rezeki dia.

Dulu sebelum ada anak, saya memang susah nak menyimpan duit, asyik shopping saja (sekarang pun rasanya masih suka shopping....hehehehehe). Belum pun dapat gaji bulan berikutnya, duit dah tinggal kerak saja. Tapi selepas berkahwin dan ada anak, mudah pula saya menyimpan. Bukan setakat menyimpan untuk diri sendiri, tapi siap buat potongan gaji untuk akaun anak-anak lagi. Hebat betul!

Selepas saya melahirkan Haziq Fahmi, saya mendapat rezeki yang tak terduga. Saya menang duit RM10 ribu dalam peraduan Foto Impian Berganda. Saya memang gila masuk contest dan itulah hadiah paling besar saya pernah dapat. Saya anggap itu memang rezeki anak saya.

Mengandungkan Hadif Syahmi, saya dapat hadiah percutian ke Bali. Tiket penerbangan, penginapan, makan, minum dan semuanya ditanggung beres (kecuali duit shoppingla). Saya rasa macam orang kaya, siap dengan pak supirnya sekali. Bila Hadif Syahmi dilahirkan, saya disahkan dalam jawatan. Naik gaji bila kerajaan buat penyelarasan gaji untuk kakitangan kerajaan. Itu semua betul-betul rezeki.

Selepas saya melahirkan Hana Alesya, saya mendapatkan berita gembira, gred jawatan saya dinaikkan ke gred yang lebih tinggi. Ini memang saya tunggu-tunggu sebelum ini. Ingatkan dah tak dapat, tapi rupanya rezeki saya memang ada. Alhamdulillah.

Saya letakkan nama Hana Alesya yang maknanya rezeki tanpa kepayahan yang dilindungi Allah. Oh, lupa nak beritahu, Hana Alesya juga rezeki. Sebab saya memang mengimpikan anak perempuan selepas ada 2 orang anak lelaki. Kehamilan Hana Alesya memang tidak dirancang (sebab dia lahir selang setahun saja dengan Hadif Syahmi). Tapi, bila Allah dah beri, saya terima dengan hati terbuka dan paling menggembirakan saya dapat baby girl.

Selepas ini saya tak tahu apa lagi rezeki yang bakal anak-anak saya terima. Mudah-mudahan setiap urusan sentiasa dipermudahkan dengan izinNya. Pada kawan-kawan, jangan takut nak beranak, jangan takut tambah anak. Ingatlah, rezeki anak-anak tu pasti ada.

Saya? Er.. Hana Alesya baru 7 bulan lebih. Saya dan Huzein ada banyak perancangan lagi yang nak dibuat. Tapi, kalau itulah rezeki kami, saya terima saja (takut Huzein Fahmi bila baca ni...hahahahahaha)


Saya dan anak-anak :D

6 comments:

Dayah said...

betul tu Aisyah...cuma kita ja taktau apa rezeki utk anak2...kalau Allah dah bagitau awai2..nanti kita malas nak usaha pulak kan...

Nurul Aima Hj Kaim said...

saya setuju kakak

Ammi Sara said...

Salam kak aishah,
Alhamdulillah....
Macam sara pun gitu, tiap2 anak tu masa mengandung dan lahir ada je rezeki yg dapat, cuma wat masa ni belum rezeki baby girl, 3 boys ni mmg penat nak handle wat masa ni..kena keep on trying for a girl, hehe..tp if Allah nak bg boy jugak lepas ni, rdha dan itu juga rezeki kan :)

nigina said...

salam aishah.. mmg pun anak tu adalah rezeki.. sejak ada anak ni i pun dah pandai menyimpan dan we all dapat beli rumah

NORA said...

salam..mm..betul tu aisyah, tiap anak tu ada rezeki yg dah diperuntukkan utknya, cuma kita tak tahu mcm bentuknyakan,mungkin dlm bentuk benda, kesihatan yg baik, kesejahteraan hidup..
Tp yg pastinya tugas mendidik anak-anak ni cukup mencabar di zmn sekrg ni, lebih-lebih lagi ibu berkerjaya..;)

Hana Seman said...

Setuju ngan Aishah, anak2 itu rezeki. Sama ngan Aishah, bila mengandung dan melahirkan, rezeki datang tanpa diduga.
Dan Hana pun sama ngan Aishah, teringin nak anak perempuan lak pasni (tapi tunggu Firas 2 tahun dulu kot)