Friday, April 16, 2010

Anak Lelaki @ Anak Perempuan

Masa saya mengandungkan Hana Alesya dulu, ada yang cakap pada saya, "lepas ni bolehlah dapat baby girl." Oh.... tensionnya saya. Saya tau, waktu tu saya dah ada 2 orang anak lelaki, tapi saya tak kisah kalau yang nombor 3 ni pun adalah lelaki. Memilih jantina anak (ok, memang ada kaedah tertentu bagi mendapatkan anak lelaki atau perempuan, tapi saya tak pandai) bukan semudah:-

Sila tekan
Butang A: Bagi mendapatkan anak lelaki
Butang B: Bagi mendapatkan anak perempuan


Kalau semudah itu, saya nak pilih berselang-seli lelaki dan perempuan. Agaknya semua orang pun happy kalau ada kaedah semudah ini.

Bila difikir-fikirkan balik, mulut orang memang suka bercakap. Lebih-lebih lagi perkara yang tak ada kaitan dengan diri mereka. Kalau tak kahwin lagi sibuk bertanya bila nak kahwin? Kalau dah kahwin, sibuk bertanya bila nak dapat anak? Kalau dah dapat anak, sibuk bertanya bila nak tambah lagi? Kalau dapat anak perempuan, sibuk bertanya bila pula nak dapat anak lelaki dan sebaliknya. Hm....kadang-kadang macam tak fikir perasaan orang lain.

Di sini saya nak berkongsi perasaan seorang ibu, Kak Faridah @ Dr. Faridah (kawan saya dia Malaysian Babywearers) yang menjadi ibu kepada 5 orang anak perempuan. Baca nukilannya tentang ALAHAI ANAK PEREMPUAN.

SAYA DAN ANAK-ANAK

Bagi saya anak lelaki atau perempuan tak penting. Memanglah dalam hati ada keinginan (saya manusia biasa ok). Bagi saya yang penting adalah doanya. Sangat menyedihkan kalau bila saya meninggal dunia nanti tak ada satupun anak-anak saya yang berdoa untuk saya. Janganlah memilih. Lelaki atau perempuan, itu semua rezeki. Bayangkan orang yang tiada anak, lagi sedihkan? Er...tapi yang lagi sedih ada orang dapat anak tapi buang-buang macam sampah. Apakah?

No comments: