Monday, April 26, 2010

Babywearing: Kata Orang & Kata Saya

ORANG KATA: Apa ni macam Indon?
SAYA KATA: Korang ni buka internet asyik baca pasal artis-artis saja. Korek cari gosip. Pasal dunia keibubapaan yang terkini tak nak baca. Lepas tu kata orang macam-macam, buat lawak bodoh. Apakah?

ORANG KATA: Anak saya tak naknya duduk dalam 'mende' tu.
SAYA KATA: Er... pernah try ke? Tak pernah cuba mana tau dia nak ke tak nak duduk dalam baby sling ni. Oh, untuk pengetahun 'mende' ini adalah baby sling. Silalah google.

ORANG KATA: Takutla kaki anak terpatah.
SAYA KATA: Selama pakai ni tak pernah la pulak kaki anak patah atau cedera.

ORANG KATA: Kesiannya baby tidur macam tu. Tak sakit ka?
SAYA KATA: Kalau sakit dia takkan tidur lena macam ni.

ORANG KATA: Mesti anak lambat berjalan, asyik kena kendong saja.
SAYA KATA: Ops, Hana Alesya dah nak masuk 8 bulan. Sekarang ni dah berdiri dan bertatih skit-skit. Insyallah, skit hari lagi bolehla berjalan.

ORANG KATA: Tak sakit bahu ke kendong lama-lama.
SAYA KATA: Kita kalau pergi jalan-jalan mesti ada limit masa jugakkan. Dah penat jalan mesti nak berhenti rehat, makan. Masa tu jugala berhenti kendong anak. Kalau dukung biasa, lenguh tak tangan?

ORANG KATA: Hish, kain macam ni je pun mahalnya. Stroller pun tak mahal macam ni.
SAYA KATA: Nak buat macamana, dah mampu. Beli sajalah. Anyway, stroller murah tu cap ayam kot?

ORANG KATA: Baik bawa stroller.
SAYA KATA: Lepas tu dukung anak dan tolak stroller. Sekian, terima kasih.

Saya suka babywearing anak saya. I LOVE BABYWEARING. Orang tak suka, tak apa. Saya tak kisah.

Saya babywearing Hana Alesya sambil ambil gambar dia dari atas. Korang pernah buat ke?

Saya babywearing Hana Alesya sambil makan ais krim dan tangan sebelah lagi pegang plastik bag. Korang pernah buat tak?

12 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

hu hu nsb kat sabah ni..baby wearing tu satu fenomena biasa..so xde orang yg pandang saya semacam..hu hu hu..

mhafiz said...

saya pun suka kendong anak... (babywearing)

Afne said...

itu org.. org utan kot hahahhaaaaaa

Ammi Sara said...

Aritu jln2 bw waidi sambil nenen ala kangaroo style! syok betul!hehe..

Rozy said...

sapalaaa orang itu..
tersangatlaa ketinggalan ketapi..

nigina said...

salam.. saya pun suka.. rasa glamour sgt.. sebab orang pandang semacam.. sy pulak bangga semacam...

glam.mama said...

hahahaha...entry yang sangat bagus!

get with the program, dear ignorant people.

www.malaysianbabywearers.org
www.thebabywearer.com

nora said...

hehe..best je n3 k.aishah nih!!erm..nora n hubby syok je bw Zafri ngan Nurul kalau nak jalan mana2....pastu org lain mesti jeling je..jeles la tuh...kui2x

Hana Seman said...

tak kisahlah, janji anak selesa dan ibu selesa. Kalau bawa stroller, dah makan space, guna sling boleh sumbat masuk beg lagi.

mama afiq zaqwan said...

kui3..btol la kak aishah
kami pkai SSC..mcm turun dr pulto plak rse..tu kt shah alam kire bdr beso tu :)kami bt dek jek

Hanz said...

Hahaha..lawaklah orang yang cakap kaki anak boleh terpatah tu..maknanya dia sangka anak dia macam anak patung kut, sebab senang sangat boleh patah-patah kaki..

Aishah Megahasz said...

Ok, cukup dah komen. Nanti ada orang meluat plak