Monday, April 12, 2010

Sesi Menghabiskan Duit Abah

Lepas result Haziq Fahmi keluar dan keputusanya ok, Huzein ajak ke Jucso. Nak beri peluang Haziq main puas-puas dekat tempat mainan di situ. Sebelum ni ada juga Haziq minta nak main kat situ, memandangkan kena bayar selalunya kami mengelak. Bukan murah tau, walaupun RM5 tapi bagi saya dan Huzein tetap mahal. Dulu masa saya kecil, tempat mainan saya tak perlu pun kena bayar macam ni. Terjun bendang, main kat padang je...hehehehehe



Nama tempat tu BEEZKIDZ Zone. Bolehlah tempatnya. Kids Sport dekat Bangsar Village masa pergi show babywearing dulu lagi lawa bagi saya. Kalau seorang RM5, untuk Haziq & Hadif jadilah RM10. Nasib baik Hana Alesya tak terlibat sama.


(saya kendong Hana Alesya dalam Angelpack)
Mula-mula budak-budak ni excited sangat nak main kat sini. Tapi tiba-tiba angin apa entah melanda, Hadif menjerit takut dan nak keluar. Terpaksa Huzein masuk dan bawa dia keluar.


Pastu tiba-tiba pula, Haziq pun keluar dari tempat mainan tu dan bagitau dia pun takut jugak. Eh, apahal pulak ni? Mungkin sebab rasa bergoyang-goyang, Haziq & Hadif jadi takut. Muka orang yang kononnya ketakutan.



Tensen abahnya. Dah le bayar mahal-mahal, korang tak nak main pulak.


Malas nak fikir banyak, layan Hana Alesya lagi bagus.


Staf kat situ pun baik pula. Siap pujuk-pujuk Haziq & Hadif ajak main. Last-last main sampai lupa daratan, tak nak keluar.



Hana Alesya time tu pula merengek nak susu. Malas je nak cari tempat lain. Konon-konon nak pakai nursing cover, tapi dia macam tak selesa sebab tertutup. Nasib baik pakai baju menyusu, takla terselak banyak. Tapi sarung jugala nursing cover tu, boleh cover apa yang patut.


Habis minum, mengendeng dekat abah.


Cukup sejam, saya suruh Haziq & Hadif keluar. Tak kuasa nak tambah duit. Lagipun saya dan Hana Alesya boring tunggu lama. Bila keluar, nampak yang ni request nak main yang ni pula.



Huzein ikutkan saja. Camna duit tak habis?

1 comment:

Nurul Aima Hj Kaim said...

hu hu mahal kan kak..? kat Kota Kinabalu pn macam tu juga..kena guna kad, sekali masuk-RM10 T_T..so bleh la main game yang ada kat situ[ikut harga token]..yg bestnya kad tu tak expired..kalau baki masih ada boleh bawa balik..so sambung main lain minggu :)