Friday, April 23, 2010

Kais Pagi Makan Pagi

Rasa macam dah lama sangat saya tak update pasal stok EBM saya. Bukan malas, tapi malu. Malu stok dah tinggal skit sangat. Setakat pagi tadi (23/04/10) ada 4 ketul ni saja stok saya.


Skit sajakan berbanding dulu yang penuh melimpah ruah dalam peti ais sampai terfikir nak beli deep freezer.

Tapi alhamdulillah sehingga hari ni, Hana Alesya dah berumur hampir 8 bulan dia masih lagi menyusu susu badan. Belum lagi dicampur dengan susu formula. Saya malas nak stress sangat bila tengok stok susu dah semakin kurang. Cuma saya pastikan susu mesti mencukupi untuk dia minum esok hari sebelum saya pulang dari kerja. Kira macam kais pagi makan pagila ni. Harapnya rezeki Hana Alesya terus ada. Rasa berbaloi beli Medela FS walaupun mahal. Sekurang-kurangnya saya ada motivasi untuk terus menyusukan Hana Alesya. Yalah, dah beli mahal-mahal takkan nak stop menyusu, rugilahkan?

Moga usaha saya dipermudahkan olehNya. Amin.

9 comments:

Rozy said...

InsyaAllahh leh kampoi balik tuu..
lagi bagus sebab hana dapat minum yg fresh sahajaa..

Aishah Megahasz said...

Rozy: Harap-harap tak patah semangatla

Hana Seman said...

Aishah, don't stress..
Insya Allah Aishah boleh supply enuff fresh EBM kat Hana.

Zaidah said...

shah kena sabar...kekadang zai pun mengalami masalah yang sama..nak cover blik stok yang kurangkena pulun bebetul...yerlah bila kita stress susu pun skit...

izzahazfar said...

oh...baru 8 bulan...gogogo kak!

zah pernah stok merudum..habis...hari2 hanya guna susu fresh..sehinggalah january 2010 zah baru dapat buat stok balik..

zah lagi sedih..stok ebm dah habsi hari ni...dan rasanya zah akan guna ebm ibu susuan...

what do u think?

mirah said...

bf ni ada pasang surutnya jga. Moga dapat bertahan bf alesya ya.. :)

Aishah Megahasz said...

Terima kasih semua atas sokongan. Insyallah akan cuba selagi daya.

Izah: Aishah pun pernah jadi ibu susuan bila beri EBM pada anak kawan. Kalau bincang dengan husband dia beri kebenaran okla.

Afne said...

takpe kak, pelan2 kayuh mesti dpt blk stok byk. apa lg.. motorbot dh makin laju kan..

chaiyok!

m@Ri@ said...

teruskn usaha kak..maria pn sama..