Friday, April 9, 2010

Ke Pasar Malam

Semalam saya dan family ke pasar malam. Saya memang suka pergi pasar malam sebab makanan yang dijual ada macam-macam jenis. Jalan-jalan tengok orang jual baju, tudung atau barang keperluan rumah pun best. Sejak ada Hana Alesya, tiap kali ke pasar malam saya duduk di dalam kereta, menunggu Huzein, Haziq & Hadif membeli barang. Tak adilkan.

Ini adalah kali pertama saya bawa Hana Alesya ke pasar malam. Memang sesak sebab ramai sangat orang. Gigih pulak sesetengah parents tu bawa stroller. Ramai sangat orang, nak ambil gambar pun susah plus malu lagi sebab ramai sangat orang. Nanti orang ingat apa kes makcik ni ambik gambar kat pasar malam. Kalau dekat Tugu Negara ke lainlah cerita. Kalut-kalut punya pasal gambar tak berapa clear sebab setting tak betul.


Plannya nak beli buah mangga atau orang sebelah sini panggil mempelam. Sekarang tengah musim kot, macam-macam jenis mangga yang ada. Yang kuning, yang hijau semua ada. Harga pun murah.


Pilih makcik pilih. Kerja saya memilih mangga jadi mudah bila babywearing Hana Alesya. Dia pun sibuk nak mencapai sama.


Ini gambar permintaan. Huzein layan je sebab kat situ tak ramai sangat orang. Kalau orang ramai, tak naknye dia layan ambik gambar.


Hadif seperti biasa, dengan aksi pak lawaknya. Geram, macam nak gigit je pipi.


Lepas beli makanan skit (skit je sebab saya tengah diet hahahahahaha.....) acara wajib tiap kali pergi pasar malam adalah beli air milo.


Tapi tak puas pulak berjalan semalam di pasar malam. Hari Ahad ni ada lagi, saya macam nak ajak Huzein pergi.

Ops, terlupa pulak Ahad ni ada appointment untuk sunatkan Hana Alesya. Nanti saya share skit pengalaman sunatkan baby girl. Seram pulak bila teringat. Kesian dekat Hana Alesya, mesti nangis kuat ni.....

No comments: