Friday, April 23, 2010

Untungnya Join Malaysian Babywearers

Tajuk kasi gempak skit. Patutnya saya letak tajuk Liza's Traveling Belgian Linen Ringsling. Tapi nanti orang tertanya-tanya pula apa benda tu? Kalau anda join forum di Malaysian Babywearers mesti tahu tentang ini.

Untungnya saya sebab dah lama join dan berpeluang test baby sling kepunyaan kawan-kawan di forum. Sebelum ni saya pernah berkesempatan mencuba Snuggbaby Ring Sling kepunyaa Shida dan Mei-Tai dari Mei's Mei Tai.



Kali ini saya dapat cuba Ring Sling kepunyaa Liza Snuggbaby. Saya adalah orang kedua dalam senarai Liza's Traveling Belgian Linen Ringsling. Sangat teruja bila Ring Sling tu sampai ke tangan saya.




Balik dari kerja, terus capai Ring Sling tu nak cuba. Hadif sibuk minta kendongkan dia. Jadi, dia yang test dulu dari Hana Alesya.



Malam tu saya ajak Huzein ke pasar malam. Sebelum tu cuba kendong Hana Alesya dulu. Masa ni dia dah mengantuk sebab tu muka masam je.



Di pasar malam Hana Alesya tertidur. Panas sangat dekat pasar malam, dahla ramai orang. Mulanya dia merengek-rengek juga, tapi akhirnya tertidur.


Balik dari pasar malam, keluar dari kereta dia terjaga. Masa tu hujan dah turun renyai-renyai. Saya tudung kepalanya dengan Ring Sling. Cutekan? Itulah gunanya selain mengendong baby.


Semua action picture tak berapa best. Tunggu weekend ni saya ambil gambar lagi.

Dalam pada tu saya menanti giliran untuk mencuba Comfy Joey Sling. Ada 4 Ring Sling yang boleh dicuba (pergh, banyaknya!). 2 antaranya adalah seperti gambar di bawah.



MALAYSIAN BABYWEARERS; TRAVELLING COMFY JOEY SLING

Oh, lupa pula. Selain tu saya dah beri nama untuk test OMT Shida. Baca berkenaan travelling OMT Shida DI SINI. Banyaknya saya nak cuba. Larat ke?

3 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

nak belajar gendong kat belakang guna ring sling

Azaidris said...

untung nye kan sbb awk dh 'ranking' tinggi. Kita new player..byk jd silent reader je...

Aishah Megahasz said...

NurulAina: Kendong kat belakang pakai ring sling dan pouch macam takut skit. Kena pakai 2 shoulder carrier macam mei-tai atau SSC ok la kot.

Aiza: Rajin-rajin hantar post kat MBW. Dulu2 tak mewah macam sekarang. Sekarang mewah, macam2 baby sling ada. Pulak tu ramai yang menjual baby sling ni kat M'sia. Sangat untung :D