Thursday, May 27, 2010

Kisah Anak-Anak

Saya ni sibuk memanjang. Rasa macam lama sangat tak update blog. Saya nak cerita sedikit tentang perkembangan anak-anak saya kebelakangan ni.

HAZIQ FAHMI


> Baru selesai exam. Harap-harap keputusan kali ni pun bagus juga macam exam sebelum ni.
> Bila berjalan di tempat sesak seperti pasar malam, saya nak pegang tangan dia. Tapi dia tak nak dan kata "Haziq dah besar". Kadang-kadang macam sedih juga, adakah sebab dia malu?
> Haziq kata "Ibu bila saya besar macam Isachi (betul ke? saya tak ingat sangat nama wataknya) saya nak jadi Ultraman Cosmos". Apa punya cita-cita ni?
> Saya rasa Haziq ni tak tabah hati sangat, terlebih manja. Lebih manja daripada Hadif.
> Sanggup tak nak main game sebab tak suka kalah. Boleh gitu?

HADIF SYAHMI


> Baru saja baik dari demam yang teruk, siap muntah-muntah sampai lembik lagi. Kesian dia. Dahla badan kurus kering, bertambah kering jadinya.
> Suka suruh saya menyanyikan dia lagu. Antara lagu kegemaran adalah lagu 'nenek-nenek', 'please plese please' dan 'twinkle twinkle little star'.
> Kalau nak itu, itulah. Tidak boleh tidak. Selagi tak dapat dia akan usaha dapatkan dengan apa cara sekalipun contohnya mengangis tak berhenti-henti.
> Suka sangat menggigit tak kira orang. Siapa tak pernah kena? Abah, Ibu, Haziq & Hana Alesya semua kena termasukla Tok dan kawan sepermainan dia Aleya.

HANA ALESYA


> Pun baru baik dari demam, tapi taklah seteruk Hadif.
> Sudah ada 2 batang gigi. Siaplah Ibu kena gigit.
> Kalau tak mahu sesuatu (contohnya makan ubat) dia akan geleng-geleng kepala.
> Dah pandai bye-bye!
> Kuat makan. Bagi je makan, tak pernah tolak.

4 comments:

Ammi Sara said...

SALAM KAK AISHAH, BYK PERKEMBANGAN POSITIF YE.ALHAMDULILLAH..HANA dah berdiri berjalan ke? si waidi masih bergerak-gerak ala combat..cuma gigi je dah 6! samalah kita kena gigit je..huhu...

Aishah Megahasz said...

Hana Alesya berdiri dan masih meniti (jalan sambil pegang sofa/meja/kerusi). Tak berjalan lagi.
Dah ada gigi, asal susu lambat ke kena gigitla...hehehehe

♥MAMA♥ said...

hihii comey sungguh anak2 u ni..tahniah ye hadif menang dlm peraduan video lucu PAMA mei 2010 ;-)

Aishah Megahasz said...

Thanks Mama. Rezeki anak-anak tu.