Monday, June 21, 2010

Celebrate Father's Day Di Penang (Part 1)

Happy tau hari Sabtu tu dapat jumpa Haziq Fahmi. Terkejut tengok anak sulungku ini. Seminggu duduk rumah Opah badan terus berisi. Mesti hari-hari Opah masak sedap.


Terus kami sekeluarga bertolak ke Penang. Saya dan Huzein saja nak bawa anak jalan-jalan. Percutian hari tu terpaksa dibatalkan bila Haziq masuk hospital. Jadi, kali ni kami ambil keputusan ke Penang saja. Naik feri lagi.



Hadif tertidur masa kami semua dalam feri. Jadi, tinggal Haziq dan Hana Alesya berposing-posing.


Sampai di hotel, tengok permandangannya cantik sungguh! Tapi hotelnya, malas nak cerita. Biasa-biasa saja.


Haziq dan Hadif sibuk nak mandi kolam. Terus tukar baju dan buat senaman dulu di atas katil. Lompat tak ingat dunia. Hana Alesya tengok, dia pun rasa macam nak join sama.



Ok, sebelum katil runtuh dan abah terpaksa bayar extra charge, silalah turun pergi ke kolam mandi.


Saya malas nak turun dalam kolam. Jadi tukang ambil gambar saja. Huzein melayan anak-anak mandi. Jangan tak percaya, Hana Alesya pun turut serta. Mula-mula saya pegang saja dia, tapi dia excited sambil menjerit-jerit tengok Haziq dan Hadif mandi. Saya beri Hana Alesya pada Huzein. Syok betul dia main air. Lansung tak takut.



Malamnya kami join acara makan durian di hotel. Sedap tak boleh nak cakap. Tapi, saya tak dapat makan banyak, sebab masih kenyang.



Haziq dan Hadif jamah sikit saja. Mungkin sebab kenyang makan di bilik.


Hana Alesya tengok saya makan sibuk nak juga.


Saya bagi dia rasa sikit. Dia suka!


Lepas acara makan durian, kami bergerak ke pasar malam Batu Feringgi. Cuti sekolah, ramai sungguh orang. Saya kendong Hana Alesya dengan Snuggbaby SSC.


Tak banyak yang kami borong. Saja suka nak jalan-jalan saja. Untuk anak-anak saya beli pensel di gerai ni. Comel-comel penselnya.


Ada juga bubur kacang dan lai chee kang di jual di sini.


Balik hotel semua terbongkang tidur keletihan.

No comments: