Wednesday, June 23, 2010

Celebrate Father's Day Di Penang (Part 2)

Hari kedua di Penang, lepas breakfast acara mandi kolam lagi. Anak-anak memang tak puas mandi kolam. Kalau boleh seharian nak berendam.

Lepas check-out, kami semua ke Toys Museum. Tempat yang sangat best bagi budak-budak dan juga bapa budak. Macam-macam karakter kartun ada di sini. Bayaran untuk masuk ke sini adalah RM10 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak RM6 (bergantung pada ketinggian). Haziq dan Hadif (termasuk abahnya juga) terpegun tengok segala macam 'man' kat sini. Tapi bukan semua yang best. Sebab ada juga karakter yang menakutkan. Seram tau!




Ini yang Haziq suka, Spiderman.


Hana Alesya menunjukkan muka boring. Maybe sebab tak pandai lagi nak minat kartun-kartun ni. Ataupun maybe sebab dia mengantuk sebab masa tu adalah masa tidurnya.


Terjumpa dengan Boo yang sungguh cute, macam Hana Alesya. Mata bulat!



Akhirnya Hana Alesya tertidur.


Seronok tengok anak-anak happy. Teruja bila tengok karakter kartun yang mereka kenal sibuk bercerita antara satu sama lain.



Last sebelum keluar, saya terjumpa babywearing doll. Ok, giliran saya pula nak teruja!



Penat meronda di Toys Museum, kami semua ke Queensbay Mall. Belanja anak-anak makan ais krim dan beli hadiah jam untuk Huzein sempena Father's Day. Gambarnya tak sempat nak ambil sebab sibuk mengejar anak-anak masa Huzein memilih jam.



Syoknya dapat hadiah Father's Day. Hadiah Mother's Day saya tak siap-siap lagi. Takpe, saya masih setia dan sabar menanti.

2 comments:

nigina said...

wahh babywearing doll tu macam u la... sling dia pun macam u punyer... hehehehe

Aishah Megahasz said...

Nigina: Hahahaha...dah kembang semangkuk dah ni :P