Friday, June 4, 2010

Cuti?

Beria saya ambil cuti sebab kononnya nak bawa anak-anak berjalan-jalan. Tapi ditakdirkan hari Jumaat tu Haziq Fahmi diserang cirit-birit dan muntah-muntah. Lepas ambil ubat, kami sekeluarga bertolak balik ke Ipoh. Ingatkan sakit Haziq akan baik dalam 2 atau 3 hari. Sehingga hari Selasa dia masih teruk, saya dan Huzein ambil keputusan masukkan dia ke hospital.

Jadi, petang Selasa tu kami pulang ke Penang dan masukkan Haziq di Bagan Specialist Hospital.



Malam tu Huzein jaga Haziq di hospital. Saya datang keesokkan harinya. Kesian tengok Haziq yang lemah longlai. Saya mandikan dia dan suapkan makan.


Mak saya balik ke rumah dulu bawa Hadif Syahmi. Hana Alesya terpaksa ditinggalkan bersama saya sebab saya tak ada stok susu. Hana Alesya macam boring sebab tak dapat nak main-main.


Sebelum balik, saya belikan Haziq kereta Ben 10. Ada dua buah. Saya pesan satu kena beri pada Hadif Syahmi.


Esoknya, hari Khamis saya datang lagi. Haziq dah semakin baik. Yang peliknya dia lansung tak muntah dan cirit-birit sejak dari dia masuk ke hospital. Kalau saya tahu, dari awal-awal lagi saya masukkan ke hospital.

Alhamdulillah, doktor beri kebenaran untuk Haziq keluar dari hospital. Sementara menunggu Huzein selesaikan urusan dan ambil ubat, Haziq dan Hana Alesya tidur.


Hana Alesya tidur dalam ring sling. Sungguh aman dia tidur, lama pulak tu.



Sambil kendong Hana Alesya, saya tonton TV. Tak best lansung sebab tak ada Astro. Terpaksa layan cerita Assalamualaikum Cinta.


Bila Hana Alesya bangun, saya suapkan dia makan. Hm... Alesya nampak semakin kurus. Lepas baik dari demam, dia pun terkena tempias cirit-birit Haziq Fahmi pula. Nasib baik tak teruk.


Hari ni saya sangat bersyukur, anak-anak sudah sihat dan saya dah boleh kembali bekerja. Bercuti? Insyallah, ada masa lain kali boleh pergi. Yang penting anak-anak sihat.

2 comments:

nigina said...

alhamdullilah... moga semua sihat dan ceria selalu..

Aishah Megahasz said...

Thanks nigina