Wednesday, June 16, 2010

Ibu Rindukan Haziq Fahmi

Sekarang Haziq ada di rumah Atuk dan Opah di Ipoh. Semalam Ibu telefon, Haziq macam happy tinggal di sana. Ibu seronok dengar suara Haziq yang happy. Tapi dalam masa yang sama Ibu sedih juga sebab rasa lama sangat berpisah dengan Haziq. Tak pernah Ibu berpisah lama-lama dengan Haziq tau.


Ini gambar Haziq masa di hospital. Masa ni Haziq dah ok lepas masuk air dalam badan. Ibu seronok tengok Haziq dah sihat seperti sedia kala. Lepas keluar dari hospital, selera makan Haziq bertambah-tambah. Elokla tu sebab Haziq nampak cengkung sangat. Duduk di kampung mesti Haziq makan banyak. Opah rajin masak yang sedap-sedap.

Duduk dekat kampung jangan lupa tengok buku juga. Ibu tak mahu nanti buka sekolah balik, semua dah lupa. Banyakkan kita beli buku hari tu masa Popular buat sales. Jalan lupa ok!


Hari Jumaat ni Abah akan ambil Haziq. Tak sabar nak jumpa Haziq balik. Abah kata nak bawa kita semua pergi jalan-jalan. Ibu dah book hotel. Haziq boleh mandi kolam. Haziqkan suka mandi kolam.


Nanti Haziq boleh main dekat pantai dengan Hadif. Hadif hari-hari tanya, "Mana abang Haziq?". Kesian pula Ibu dekat Hadif sebab dia tak ada kawan bermain. Kalau tidak, tiap-tiap hari dia main bola dengan Haziq.


Ibu rasa macam lambat sangat hari Sabtu. Dah tak sabar nak jumpa Haziq. Haziq, cepatlah balik, Ibu rindu!

No comments: