Wednesday, June 16, 2010

TMC Mama & Papa Day

Huh...entry basi sebab busy.

4 Jun 2010 lepas tadika Haziq Fahmi buat Mama & Papa Day. Buat malam sebab ada BBQ. Best tau!


Anak-anak Tadika Minda Cerdas (TMC) yang hadir pada malam tu. Haziq dan kawan-kawannya. Ee..Haziq nampak kurus dan cengkung. Kesan dari sakit dan masuk hospital hari tu.


Ini gambar pasukan merah dengan semua mama & papa yang hadir. Tengok saya tak bersedia, tapi gambarnya dah snap. Itulah sibuk memberi arahan dekat Haziq.


Aktiviti malam tu bakar, bakar, bakar dan bakar. Tapi bukan saya yang bakar. Semua abah, ayah, daddy, papa dan sewaktu dengannya yang bakar. Saya dan mama semua tukang makan saja. Bestla.....


Saya gigih kendong Hana Alesya dalam Ring Sling. Ingatkan dia nak tidur. Dekat waktu nak balik baru dia tertidur. Seronok tengok orang ramai.


Balik rumah semua terbongkang kekenyangan dan kepenatan. Saya rasa, saya semakin gemuk.

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

bestnya tgk kaum bapa bakaq sate ...meriah giteww

Aishah Megahasz said...

Ayu: Memang meriah. Kaum ibu best duduk relaks tunggu makanan siap..hehehehe. Tapi bukan tunggu saja tau, kena tengok anak juga :D