Thursday, July 29, 2010

Hana Alesya: Bertatih

Semalam umur Hana Alesya cukup-cukup 11 bulan. Lagi sebulan setahun umurnya. Seronok saya sebab dia dah pandai bertatih. Jom tengok video. Tapi sorry, saya tak pandai nak pusingkan. Lepas tengok video ni, leher sakit jangan salahkan saya. Sorry!



Seronoknya Memasak

Saya akui, saya tak pandai memasak. Saya sangat teruja bila masuk ke blog Dr. Hanim bila tengok kesungguhan dia memasak untuk Arianna. Kalaulah saya dapat mak macam Dr. Hanim..... Eh! Apasal pulak saya?

Ok, memasak untuk keluarga sangat menyeronokkan, kalau dapat anak-anak yang macam anak-anak saya. Hari tu saya buatkan spagetti. Tak hebat sangat bagi orang lain, tapi hebat bagi saya sebab selepas sejam memandu balik dari kerja ditambah lagi dengan penat di tempat kerja, balik rumah memasak pula? Aduhai.... hebatla tu!

Ini rupa spagetti saya yang tidak sepertinya itu.



Ini rupa anak-anak saya yang tak sabar-sabar nak makan. Belum makan lagi dah cakap "Wow, sedapnya ibu masak!". Huh, hati siapa tak kembang.


Ok, cepat-cepat hidangkan dalam mangkuk sebelum rasa teruja nak makan Haziq dan Hadif hilang. Satu untuk Haziq dan satu untuk Hadif.



Makan sampai kenyang, jangan lupa baca doa. Jangan tanya kenapa tak berbaju? Ini fesyen musim panas.


Tengok tu, beria-ia makan. Sambil makan sambil berlakon budak-budak ni. Berlakon ala-ala iklan Mamee Sllrrrp.



Hadif Syahmi makan sampai comot satu badan. Ni makan ke mandi ni?


Hana Alesya pun tak ketinggalan juga merasa.


Abah mereka? Cakap pun tak guna. 3 kali tambah tu!

Seronokkan memasak? Tengok anak-anak makan berselera. Seronokkan memasak? Suami makan bertambah-tambah. Hai, seronoknya saya.

Thursday, July 22, 2010

My Snugbaby Ring Sling

Entry basi nak tayang ring sling yang saya baru beli dari Snuggbaby. Malas nak cerita banyak-banyak, kita tengok gambar sajalah ye.





Ini gambar yang diambil dari Snuggbaby. Cantikkan?


Dan lagi sekali maaf sebab tak ada action picture. Huzein selalu malas nak tolong saya ambilkan gambar. Kalau ambil gambar sendiri, nampak macam gambar syok sendiri. Lagilah tak best!

Dan saya beli wrap ini dari Zana kawan di MBW. Sudah dihantar kepada Liza, Snuggbaby untuk dibuat ring sling. Dah siap nanti saya tayang-tayang di sini ok.


Tuesday, July 20, 2010

Pemenang Megahasz Giveaway #2/2010

Ini adalah senarai peserta yang masuk giveaway ni. Ada 33 peserta semuanya.

1) syakila - noeill_11@yahoo.com.my
2) ayuarjuna - ayuarjuna@gmail.com
3) zaikulim(zainab) - zbintim@yahoo.com.my
4) anin - farhanin1984@gmail.com
5) rosilah - rosilahi@yahoo.com
6) cicakgirls - cahaya.nor@gmail.com
7) anje a.k.a mama balqis - damia_nurin@yahoo.com
8) izancute(sarizan) - sarizancheamat@ymail.com
9) fauziah - fauziahkamarudin@ymail.com
10) rohayu - ayuayu101@yahoo.com
11) sarah - sarahghazali84@yahoo.com
12) juniza - kjuniza@yahoo.com
13) nida - radinsah@gmail.com
14) YanaNuar - mya_ariana@yahoo.com
15) sue - su2609@yahoo.com
16) Kak Yong - kakyong72@gmail.com
17) masturah - mas2rah_yaya25@yahoo.com
18) mummyalesya - budakbaling@yahoo.com
19) Arol DSHW - adikhensem44@yahoo.com.my
20) Nil - flerida_haliza@yahoo.com
21) Sue - suzz80@gmail.com
22) Nurhayati - yatie_pkn@yahoo.com
23) Asya - lya_afrina@yahoo.com
24) Sarazaqea - sarazaqea@gmail.com
25) Bunga - mirza23@gmail.com
26) Norizan (MamaLyna) - ejan8113@yahoo.com
27) Amira - mummymer@gmail.com
28) ummuabdullahsyaakir - kolekacanghijau2@gmail.com
29) Aishah - zwjhmegat@gmail.com
30) PiNk - fifaemi@yahoo.com
31) normiza - kakchik79@yahoo.com.my
32) suhana - suhanasulaiman@amdi.usm.edu.my
33) Arifah Fahira - arifahira@gmail.com

Dan pemenangnya adalah....


22) Nurhayati - yatie_pkn@yahoo.com

Tahniah kepada Nurhayati. Mohon pemenang untuk emel kepada saya (megahasz@yahoo.com) nama penuh, alamat dan nombor telefon untuk penghantaran hadiah. Pemenang bakal menerima sebotol minuman kesihatan Vemma (botol besar) sumbangan Puan Umi.

Pada yang mahu mencuba Vemma boleh hubungi Pn. Umi 019-4941061/umi@geoparkhotel.com.

Minggu Penyusuan Susu Ibu 2010

Ramai yang telah tahu Minggu Penyusuan Susu Ibu jatuh pada 1 hingga 7 Ogos tiap-tiap tahun. Setakat ini, ada 2 program yang saya dapat tahu akan diadakan sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu di Penang.

1) Program anjuran Mother to Mother Peer Support (MMP) pada 7 Ogos 2010.


2) Program anjuran Penang Adventist Hospital pada 8 Ogos 2010.



Kalau ada kelapangan jomlah join sama. Klik poster untuk maklumat yang lebih jelas.

BERMINAT MEMBELI BUKU PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA? SILA KLIK DI SINI.

Monday, July 12, 2010

Baju Nursing

Saya rasa susah sangat mencari baju nursing yang cantik dan harganya berpatutan. Pilihan saya adalah yang berlengan panjang (sesuailah untuk yang bertudung) dan bukaannya dari atas. Kalau bukaannya dari bawah, saya rasa susah nak menyusu. Dalam koleksi saya (macamlah ada banyak sangat) saya cuma ada 3 nursing tops.

1) Milky Way


Baju ni paling best bagi saya. Best sebab bukaannya adalah di bahagian atas. Potongan bajunya pun cantik. Kalau selalu nampak saya pakai baju ni, buat-buat pejam mata sudahlah sebab baju ni memang menjadi pilihan kalau keluar berjalan-jalan. Sampai bajunya dah nampak hampir lusuh. Setakat ini, inilah baju nursing yang paling puashati saya beli.

2) My Lovely Closet


Baju ni merupakan baju nursing kedua yang saya beli. Potongannya cantik (pada sayalah) tapi sayang, bukaannya dari bawah. Susah bagi saya apabila nak menyusu. Memandangkan sudah dibeli, terpaksalah saya pakai juga.

3) Muslimah Shop: Cream Ummi


Baju yang ini saya dapat hadiah dari peraduan yang saya masuk. Bajunya selesa cuma terlalu labuh bagi saya. Oklah, dapat free tak boleh complain banyak. Pakai sajalah ye.

Itu sajalah baju nursing yang saya ada. Oh, saya baru saja beli sehelai dari adrinis.com. Harapnya baju ni selesa di pakai.


Saya berangan nak membeli baju nursing di Mamaway. Bajunya cantik-cantik (ke saya tergoda dengan modelnya saja?) sesuailah dengan saya (baca: ayat perasan) Tapi harganya, aduhai.....



Terfikir juga saya, kenapa bila membeli baju saya berkira sangat kalau bajunya mahal. Kalau membeli baby carrier, dah berkenan, saya lansung tak berkira? Siapa nak jawab tu?

Lee Chong Wei Dalam Pembikinan

Antara aktiviti anak-anak di malam hari selain menyemak (harus), bermain basikal, bermain bola, Haziq dan Hadif baru-baru ni suka sangat main badminton. Dalam rumah pun boleh jadi kerja. Yalah dah memalam ni nak main kat mana lagi, terpaksalah main dalam rumah.



Hadif yang tak pandai main pun sibuk juga nak main. Kutip bulu tangkis lebih banyak daripada pukul. Penat juga tu!


Lepas tu soraknya bukan main lagi. Mainlah anak-anakku, asal gembira.


Teringat perbualan dengan Haziq Fahmi tak lama dulu. Dia kata, "Ibu, bila Haziq besar nanti, Haziq nak main bola, badminton dengan golf".

Dengar golf tu yang tak boleh tahan tu. Haziq main golf game Wii sudahla ye. Ibu tak mampu nak beli batang golf. Sekian, terima kasih.

Friday, July 9, 2010

My Apootaern Mei-Tai

Selepas mencuba Mei-Tai, saya jatuh hati dengan Mei-Tai. Jadi, sebagai menyambung obsesi saya terhadap babywearing saya telah membeli Mei-Tai dari Apootaern.



Fabric pilihan saya adalah Birds of Norway Espresso by Michael Miller dengan straps warna maroon.


Sebelah lagi adalah pilihan Kak Faten, Creamy Tartan.


Hasilnya sungguh cantik! Nak juga? Silalah order satu di apootaern.com. Sorry ye tak ada action picnya. Bila-bila saya akan postkan.

Hana Alesya: Pandai Tak Saya?

Baru-baru ni Hana Alesya dapat hobi baru. Pandai sungguh dia mengemas semua DVD yang tersusun elok dalam rak. Saya ingatkan bab mengemas DVD ni akan selesai bila Hadif Syahmi besar, rupanya diperturunkan pada Hana Alesya pula. Mungkinkah saya patut ubah kedudukan rak DVD ini?




Yang paling best, Hana Alesya dah pandai menghisap air dari straw. Saya cuba-cuba saja beri dia hisap botol air masak abangnya. Tak sangka dia pandai hisap.



Memandangkan Hana Alesya dah pandai, botol air Mickey Mouse yang saya redeem dari Dutch Lady akan menjadi kepunyaan dia. Tapi bila dapatnya tak tahu lagi. Redeem dari Dutch Lady ni kena sabar banyak sebab lambat. Kena remind/call banyak kali baru nak hantar.

Kenduri Akikah Hana Alesya


Kenduri Akikah untuk Hana Alesya selesai kami buat pada hujung bulan lepas. Kenduri ni juga adalah bersempena Yati, adikku yang akan berpindah ke Australia mengikut suaminya bertugas di sana. Segalanya berjalan lancar walaupun perancangan dibuat di saat-saat akhir. Ramai juga yang datang.


Tengok ni orang kuat yang bekerja keras di luar rumah.



Haziq Fahmi ditugaskan memberi goodie bag kepada yang hadir. Memang sukalah dia. Bersungguh-sungguh dia bekerja! Sebagai upah, dapat kiss dari makcik-makcik dan nenek-nenek yang datang kenduri.


Bila Hana Alesya tidur, saya suapkan anak-anak dan anak saudara makan. Budak-budak ni bukan tak boleh makan sendiri, tapi kalau makan sendiri ala kadar saja. Baik saya suapkan, baru puashati.


Paling seronok bila ada kenduri adalah semua keluarga berkumpul. Boleh jumpa saudara mara yang lama tak jumpa ataupun yang kadang-kadang jumpa, setahun sekali bila time raya.


Haziq seronok habiskan masa dengan Imaan. Geng kamceng ni. Tapi ada masanya bermasam muka juga.


Kesian Hadif sebab tak ada kawan. Takpe, Hadif anak yang berdikari, pandai membawa diri. Lepak sendiri sambil makan papadom dan minum air oren.


Lepas tu melalak sebab saya tak benarkan dia makan gula-gula. Er..... Abah silalah layan.


Lega rasanya bila kenduri habis. Selesai tanggungjawab untuk Hana Alesya.



Masa kenduri, saya kendong Hana Alesya dalam Ring Sling (Comfy Joey). Nak bagi match dengan baju kurung. Makcik pun teringin nak cuba. Sporting sungguh!