Friday, July 9, 2010

Hana Alesya: Pandai Tak Saya?

Baru-baru ni Hana Alesya dapat hobi baru. Pandai sungguh dia mengemas semua DVD yang tersusun elok dalam rak. Saya ingatkan bab mengemas DVD ni akan selesai bila Hadif Syahmi besar, rupanya diperturunkan pada Hana Alesya pula. Mungkinkah saya patut ubah kedudukan rak DVD ini?




Yang paling best, Hana Alesya dah pandai menghisap air dari straw. Saya cuba-cuba saja beri dia hisap botol air masak abangnya. Tak sangka dia pandai hisap.



Memandangkan Hana Alesya dah pandai, botol air Mickey Mouse yang saya redeem dari Dutch Lady akan menjadi kepunyaan dia. Tapi bila dapatnya tak tahu lagi. Redeem dari Dutch Lady ni kena sabar banyak sebab lambat. Kena remind/call banyak kali baru nak hantar.

No comments: