Friday, July 9, 2010

Kenduri Akikah Hana Alesya


Kenduri Akikah untuk Hana Alesya selesai kami buat pada hujung bulan lepas. Kenduri ni juga adalah bersempena Yati, adikku yang akan berpindah ke Australia mengikut suaminya bertugas di sana. Segalanya berjalan lancar walaupun perancangan dibuat di saat-saat akhir. Ramai juga yang datang.


Tengok ni orang kuat yang bekerja keras di luar rumah.



Haziq Fahmi ditugaskan memberi goodie bag kepada yang hadir. Memang sukalah dia. Bersungguh-sungguh dia bekerja! Sebagai upah, dapat kiss dari makcik-makcik dan nenek-nenek yang datang kenduri.


Bila Hana Alesya tidur, saya suapkan anak-anak dan anak saudara makan. Budak-budak ni bukan tak boleh makan sendiri, tapi kalau makan sendiri ala kadar saja. Baik saya suapkan, baru puashati.


Paling seronok bila ada kenduri adalah semua keluarga berkumpul. Boleh jumpa saudara mara yang lama tak jumpa ataupun yang kadang-kadang jumpa, setahun sekali bila time raya.


Haziq seronok habiskan masa dengan Imaan. Geng kamceng ni. Tapi ada masanya bermasam muka juga.


Kesian Hadif sebab tak ada kawan. Takpe, Hadif anak yang berdikari, pandai membawa diri. Lepak sendiri sambil makan papadom dan minum air oren.


Lepas tu melalak sebab saya tak benarkan dia makan gula-gula. Er..... Abah silalah layan.


Lega rasanya bila kenduri habis. Selesai tanggungjawab untuk Hana Alesya.



Masa kenduri, saya kendong Hana Alesya dalam Ring Sling (Comfy Joey). Nak bagi match dengan baju kurung. Makcik pun teringin nak cuba. Sporting sungguh!

No comments: