Monday, July 12, 2010

Lee Chong Wei Dalam Pembikinan

Antara aktiviti anak-anak di malam hari selain menyemak (harus), bermain basikal, bermain bola, Haziq dan Hadif baru-baru ni suka sangat main badminton. Dalam rumah pun boleh jadi kerja. Yalah dah memalam ni nak main kat mana lagi, terpaksalah main dalam rumah.



Hadif yang tak pandai main pun sibuk juga nak main. Kutip bulu tangkis lebih banyak daripada pukul. Penat juga tu!


Lepas tu soraknya bukan main lagi. Mainlah anak-anakku, asal gembira.


Teringat perbualan dengan Haziq Fahmi tak lama dulu. Dia kata, "Ibu, bila Haziq besar nanti, Haziq nak main bola, badminton dengan golf".

Dengar golf tu yang tak boleh tahan tu. Haziq main golf game Wii sudahla ye. Ibu tak mampu nak beli batang golf. Sekian, terima kasih.

No comments: