Thursday, July 29, 2010

Seronoknya Memasak

Saya akui, saya tak pandai memasak. Saya sangat teruja bila masuk ke blog Dr. Hanim bila tengok kesungguhan dia memasak untuk Arianna. Kalaulah saya dapat mak macam Dr. Hanim..... Eh! Apasal pulak saya?

Ok, memasak untuk keluarga sangat menyeronokkan, kalau dapat anak-anak yang macam anak-anak saya. Hari tu saya buatkan spagetti. Tak hebat sangat bagi orang lain, tapi hebat bagi saya sebab selepas sejam memandu balik dari kerja ditambah lagi dengan penat di tempat kerja, balik rumah memasak pula? Aduhai.... hebatla tu!

Ini rupa spagetti saya yang tidak sepertinya itu.



Ini rupa anak-anak saya yang tak sabar-sabar nak makan. Belum makan lagi dah cakap "Wow, sedapnya ibu masak!". Huh, hati siapa tak kembang.


Ok, cepat-cepat hidangkan dalam mangkuk sebelum rasa teruja nak makan Haziq dan Hadif hilang. Satu untuk Haziq dan satu untuk Hadif.



Makan sampai kenyang, jangan lupa baca doa. Jangan tanya kenapa tak berbaju? Ini fesyen musim panas.


Tengok tu, beria-ia makan. Sambil makan sambil berlakon budak-budak ni. Berlakon ala-ala iklan Mamee Sllrrrp.



Hadif Syahmi makan sampai comot satu badan. Ni makan ke mandi ni?


Hana Alesya pun tak ketinggalan juga merasa.


Abah mereka? Cakap pun tak guna. 3 kali tambah tu!

Seronokkan memasak? Tengok anak-anak makan berselera. Seronokkan memasak? Suami makan bertambah-tambah. Hai, seronoknya saya.

4 comments:

Afne said...

nmpk sedapppp! dh lama tak msk spageti.

Aishah Megahasz said...

Afne: Tak pandai sangat masak, tapi sedap la kot sebab semua makan sampai licin. Jom masak!

izzahazfar said...

kak....

kalo dapat kat akmal ni..memang dia pulun habis...sebab feveret dia rupa mcm mee bagai ni..

kalo nasi mmg tolak tepi...sedap tengok budak2 tu makan

Aishah Megahasz said...

Izzah: Tula budak-budak ni jemu kot makan nasi. Nak makan yang spesel skit macam ni.