Monday, August 9, 2010

Happy Birthday Abang!

Minggu lepas, kami sekeluarga celebrate birthday Huzein. Malam sebelum tu kami buat sambutan kecil-kecilan di rumah. Cuma order makanan dari Pizza Hut. Saja nak bagi anak-anak happy. Kami sekeluarga berkelah di rumah.



Esoknya kami ke Seoul Garden di Auto City, Juru.


Memandangkan hari tersebut hari bekerja, jadi tak ramailah. Bolehlah menikmati makanan sepuas-puasnya dengan tenang.


Makan di sini adalah secara buffet. Caranya pilih saja apa yang kita nak makan dan masak sendiri di meja makan. Memang best sebab dapat makan panas-panas. Makanan boleh pilih nak di masak secara barbeque atau steamboat (4 jenis sup tapi saya cuma ingat 2 jenis saja iaitu tomyam dan abalon).


Tengok, betapa banyaknya pilihan. Boleh makan sepuas-puasnya dan lepas tu badan pun naik macam dipam-pam!




Yang tak bestnya kat sini, makanan dihidangkan dalam pinggan plastik. Sungguh tak lawa, tapi mudah untuk kanak-kanak sebab tak mudah pecah.



Lepas makan ada bermacam-macam jenis pencuci mulut. Yang paling best ada ais krim, banyak pulak tu. 2 round saya makan.


Last sekali, bergambar dengan birthday boy. Kan saya dah cakap, makan dekat sini boleh menyebabkan gemuk. Tengok gambar terus merasakan diri sangat berisi hehehehe....


"Happy Birthday untuk suami tersayang Huzein Fahmi. Aishah doakan yang terbaik dalam segala hal untuk Abang"

Oh, tahun ini hadiah saya tiada yang istimewa. Saya cuma berikan Huzein 10 keping voucher spa yang boleh digunakan bila-bila masa. Harap dia enjoy!

No comments: