Monday, August 16, 2010

Musim Buah

Sebelum Ramadhan hari tu kami sekeluarga balik ke kampung. Sekarangkan musim buah-buahan, pulun habisla makan durian dan rambutan.


Rambutan di depan rumah pun dah masak. Apa lagi, dengan gigihnya kami beramai-ramai memetik rambutan. Seronok tengok gelagat anak-anak. Semua kena kerahan tenaga.




Bertambah meriah bila Pakcu, Makcu, Achik dan Makcik datang berkunjung. Makan laksa di samping makan buah-buahan, tersangatlah sedap.

Hana Alesya bersama Pakcu.


Esoknya pula, bila anak saudaraku Imaan datang, lagilah meriah Haziq dan Hadif menolong Atuk memetik rambutan. Tapi, rasanya banyak main dari menolong budak-budak ni.





Hana Alesya tengok saja dari jauh gelagat abang-abang. Tahun depan mesti nak join sama ni.

2 comments:

aiDieNa said...

Durian dan rambutan cukup hangat.. boleh demam makan dedua buah tu.. huhu

Aishah Megahasz said...

Aidiena: Tapi sedap...hehehhee