Thursday, August 12, 2010

Sebelum Ramadhan

Sebelum Ramadhan hari tu, Huzien ajak saya dan anak-anak keluar berjalan. Kalau setakat pergi Giant atau Tesco atau Carrefour tidak dikira berjalan-jalan ya. Itu memang aktiviti wajib untuk beli keperluan rumah. Jadi, kami ke Sunway Carnival. Nama pun jalan-jalan. Jadi, pergi jalan-jalan saja tanpa aktiviti membeli-belah.

Biasanya bila keluar berjalan, Huzein akan memimpin tangan Hadif dan saya mengendong Hana Alesya. Haziq lepas bebas, cuma saya akan pegang tangannya bila melintas jalan atau waktu-waktu yang tertentu. Walaupun lepas bebas, tapi mata masih tak lekang daripada pandang anak. Bukan apa, takut dia buat perkara-perkara yang merbahaya.



Jalan punya jalan terjumpa tempat mainan. Beri peluang Haziq dan Hadif naik kereta mainan. Saya suruh mereka naik kereta sebab boleh share naik.


Iklan kejap. Nak tayang baju anak-anak yang saya beli dari SINI. Sengaja saya beli untuk bagi sedondon dengan baju abahnya.


Atas permintaan Haziq, kami semua makan di Manhattan Fish Market. Tengok Hana Alesya, sibuk nak korek logo tu dari kerusi.


Tengok anak-anak berselera makan, rasa tak rugi bawa mereka makan di sini. Makanan pun tak pedas, bagi saya sangat sesuailah bawa budak-budak makan di sini.




Meh tengok apa yang kami order.




Wah, nampak sedapkan? Bulan puasa ni macam tak sesuai je buat entry pasal makan-makan. Kalau terliur buka puasa hari ni silalah jengah ke Manhattan Fish Market yang berdekatan. Selamat menjamu selera!

2 comments:

Ammi Sara said...

sedapnya mkn fish! suka la, also lawa baju2 tu..boleh lah jenguk kedai tu ;)

Aishah Megahasz said...

Sara: nak beli baju tu cepat2. Nanti habis tak dapat pakai sedondon