Friday, August 6, 2010

Ultraman Cosmos

Tengok budak-budak ni asyik betul. Hana Alesya yang tak reti apa-apa pun join sekali menonton dengan abang-abangnya.


Nak tahu tengok cerita apa? Ultraman la apa lagi, Ultraman Cosmos.


Cerita Ultraman Cosmos telah menjadi antara cerita yang wajib ditonton setiap hari. Kalau tak tengok di TV, budak-budak ni suruh Huzein buka di internet. Aduh, pening Ibu! Tengok tu takpe, yang peningnya lepas tengok cerita tu adalah aksi-aksi Cosmos yang akan dibuat.

Hana Alesya yang girl pun terlibat juga. Teringat dulu bila Opahnya kata, "Tak ada ke anak patung bagi Alesya main. Ni main mainan abang, pistol, Ultraman. Kesian dia"

Alahai mak, bukan tak nak kasi Hana Alesya main. Patung Barbie ada 3 ketul kat rumah tu dapat hadiah dari masuk contest. Tapi, kalau bagi dia main sure patah kepala ataupun tercabut tangan hasil kerja Ultraman Cosmos Haziq dan Hadif. Tunggu Hana Alesya besar skit dan pandai jaga barang sendiri ya mak!

No comments: