Monday, September 20, 2010

Corat-Coret Raya 2010

1) Ini adalah gambar yang diambil pada awal pagi raya. Haziq Fahmi dan Hadif Syahmi tidur terbongkang. Letih main bunga api pada malam menjelang raya.


2) Gambar raya yang paling mahal tahun ini adalah gambar aksi bersalaman antara saya dan Huzein. Gambar diambil oleh Haziq Fahmi.


3) Saya sibuk nak bagi anak dara saya Hana Alesya melawa. Siap bagi pakai klip rambut, cekak dan topi. Boleh pakai sekejap saja, lepas tu sibuk nak buka.



4) Tudung raya saya pada tahun ini ditaja oleh Ariani.


5) Baby sling raya saya ditaja oleh Melkaj, Jumpsacbaby & Snuggbaby.


Tapi, action picture ada satu saja. Itupun kelabu asap.


6) Walaupun hari raya, budak-budak tetap budak-budak. Sibuk main tak kira masa.


7) Mak saya buat mee kuah pada hari raya pertama. Memang sedap. Hana Alesya pun suka mee!


8) Selain mee, Hana Alesya juga suka makan duit raya.


9) Acara main bunga api memang aktiviti wajib saya dan family di Ipoh. Kasi gempar satu taman.


10) Selain hari raya, kami juga celebrate birthday Hana Alesya bersama dengan anak saudara saya Imaan.


No comments: