Monday, September 6, 2010

Gambar Raya

Dah jadi tradisi pula bila tiba Hari Raya, baju Raya mesti nak sedondon satu keluarga. Meh tengok baju raya saya sekeluarga tahun-tahun yang lepas.

Tahun 2006, warna biru menjadi pilihan. Masa ni baru ada Haziq Fahmi. Anak saudara saya Imaan pun baru je berumur sebulan lebih rasanya.


Tahun 2007, saya mengandungkan Hadif Syahmi. Baju raya tahun tu saya pakai baju mengandung. Warna tema adalah ungu pekat. Kami bergambar sekeluarga di depan rumah arwah Opah Huzein.


Tahun 2008, kami masih pakai baju tahun sebelumnya. Cuma saya dah tak pakai uniform sebab Hadif Syahmi sudah lahir.


Tahun 2009, kami sekeluarga menerima seorang lagi ahli keluarga baru iaitu Hana Alesya. Tahun tu kami sekeluarga pakai warna maroon.


Tahun ini? Kami akan recycle baju yang dibuat masa kenduri adik ipar saya. Gambar raya kami sekeluarga mungkin seperti ini.....


Tapi, saya ada belikan baju melayu yang lain untuk Haziq dan Hadif. Juga baju kurung untuk Hana Alesya yang sedondon dengan baju saya. Kita tengoklah nanti macamnana gambar raya saya tahun ini.

No comments: