Monday, September 20, 2010

Label


Mungkin ramai yang tidak tahu, sekarang ni botol dan puting susu yang dijual di pasaran perlu dilekatkan dengan label seperti ini. Saya pun baru perasan.

Rasanya sekarang semua syarikat pengeluar botol dan puting susu wajib letakkan label seperti ini di barang keluaran mereka.

Saya tak rasa label ini akan menggalakkan lebih ramai lagi ibu-ibu menyusukan baby mereka sebab kesedaran bermula dari ibu tu sendiri. Tapi sekurang-kurangnya ini salah satu usaha yang boleh dibuat selain mewajibkan semua syarikat pengeluar susu meletakkan ayat 'susu ibu adalah yang terbaik' di tin/pek susu keluaran mereka.

Label ini juga adalah sebagai ingatan bagi ibu-ibu supaya jangan introduce awal sangat botol/puting susu pada baby mereka sebab takut keliru puting.

2 comments:

syawalsimpsons said...

ari2 sue beli botol susu tok syawal pun perasan gak label 2...tapikan klo setiap company yang taruk label 2 membuatkan kesederan pada para ibu, x ke membuatkan company 2 rugi bab x da yang beli..ye x??hehehhe

Aishah Megahasz said...

Sue: Diaorang letak label ni sebab diwajibkan oleh kerajaan rasanya macam dekat tin susu wajib letak 'susu ibu yang terbaik...' (lebih kurang gitulah ayatnya)