Monday, September 27, 2010

Nasi Kandar Line Clear

Ikut perancangan minggu lepas kami sekeluarga nak balik ke Ipoh. Tapi, tak jadi sebab mertua dan adik ipar datang ke rumah. Kami jalan-jalan ke Penang dan singgah makan di Nasi Kandar Line Clear.



Punyalah ramai orang beratur nak makan.



Kalau tengok dari depan, nampak macam sempit sangat kedainya. Tapi, kalau dah masuk dalam taklah sesempit mana. Bolehla muat dalam 30 orang dalam satu-satu masa.




Nasi Kandar Line Clear ni memang famous di Pulau Pinang. Siap ada sudut khas untuk tayang gambar-gambar artis yang pernah datang makan dekat sini.


Kami sekeluarga makan nasi beriani. Sedap tak? Tengok gambar pun boleh tau!


Tapi saya lagi suka makan di Hameediyah. Lagi sedap dari Nasi Kandar Line Clear.

Jom tengok muka-muka yang kekenyangan selepas makan sedap.

2 comments:

Aleyn said...

Alahai, teringin plak nak makan nasi kandar

Aishah Megahasz said...

Aleyn: Nasi kandar senang nak cari mana-mana sekarang. Sedap dengan tidak je :D