Friday, September 3, 2010

Pemenang Megahasz Giveaway #3/2010

Seperti yang dijanjikan, saya akan mengumumkan pemenang Megahasz Giveaway #3/2010. Sebelum tu mari kita tengok proses pemilihan pemenang.

Mula-mula saya senaraikan semua nama peserta. Penat juga buat ni sebab ramai yang masuk giveaway kali ini. Ini baru sebahagian nama yang turut serta.


Lepas tu proses gunting, gulung kertas dan masukkan dalam bekas ni. Berebut-rebut Haziq dan Hadif menolong.


Lepas tu barulah boleh memilih pemenang. Pemenang dicabut oleh Haziq sebab Hana Alesya dah tidur waktu ni. Dan pemenangnya adalah......


AYUARJUNA BIGOSHH
Ayu akan menerima sebuah buku hasil karya Wadina, Mama Saya Lapar.

Hadif merajuk sebab dia pun nak buat cabutan juga. Jadi saya minta dia cabut lagi satu nama.


ZURAZARI (sorry gambar tak clear sebab Hadif tak reti duduk diam)
Zurazari akan menerima hadiah tambahan dari saya iaitu voucher Fabulous Mom bernilai RM10.

Pada pemenang, tahniah saya ucapkan. Minta emel nama penuh, alamat dan nombor telefon kepada saya (megahasz@yahoo.com) untuk urusan penghantaran hadiah.

Pada yang tidak berjaya, ada rezeki saya buat giveaway lagi. Mohon ampun dan maaf kalau ada sebarang kekurangan.

5 comments:

Miza Yusof said...

tahniah pada semua pemenang :)

kakyong said...

tahniah kpd yg menang

EiJa ZaQuaN said...

tahniah kepada pemenang bertuah..:)

zurazari said...

alhamdulillah...

ader gak rejeki bulan ramadhan nie... tq to pn penganjur...

nadiah said...

tahniah bt pemenang