Wednesday, September 1, 2010

Setahun Sudah


Pada 28 Ogos yang lepas genaplah setahun usia Hana Alesya. Rasa macam cepat sangat masa berlalu.

Pada usia setahun, dia sudah pandai berjalan. Lebih cepat dari abang-abangnya. Hana Alesya saya tengok sukakan buku daripada permainan lain. Sebagai adik yang mempunyai 2 orang abang yang sangat lasak, dia selalu dibuli. Kesian, tapi sekarang ni dia dah pandai melawan. Jangan harap nak buli lebih-lebih tau!

Alhamdulillah sehingga sekarang saya masih mampu menyusukan lagi dia. Setahun lagi saja untuk mencukupkan 2 tahun masa menyusu. Harapnya saya masih kuat semangat dan mampu bertahan.

Pada semua peserta Megahasz Giveaway #3/2010, saya akan umumkan pemenang dalam minggu ini juga. Pemenang akan dipilih secara cabutan oleh Hana Alesya. Harap bersabar ok.

3 comments:

Fara said...

salam...sama tarikh ngan my dother..tp thn ni 28 ogos genap 3 thn..anyway happy belated bufdey dear...

Rozy said...

cepatkann masa berlalu..
kenal aishah masa mengandungkan hana
lani hana dah setahun...
hepi birthday hana!!

Aishah Megahasz said...

Fara & Rozy: Thanks.