Monday, September 20, 2010

Wedding Wedding Shopping

Musim raya ni ramai juga yang buat kenduri kahwin. 18 September 2010 ada 3 kenduri tapi saya hanya dapat hadir 2 kenduri sahaja.

Mulanya saya ke kenduri kawan sepejabat Faisal di Permatang Pauh. Ada dewan/surau bersebelahan dengan rumahnya. Dengan tentera berderet, saya dan Huzein ambil keputusan makan dalam dewan. Lebih mudah nak handle anak-anak.



Bila pengantin sampai, baru saya pergi ke rumah Faisal.


Anak-anak seronok tengok pasukan kompang menyanyi untuk pengantin. Asyik betul sampai nak ajak balik pun tak nak.


Saya mengendong Hana Alesya dalam Jumpsacbaby Ring Sling - Bali.


Seterusnya saya ke kenduri kawan pejabat saya juga, Famie & Izni di Penang.


Kenduri dibuat di dewan. Saya makan ala kadar sahaja sebab masih kenyang lagi. Lagipun sibuk mengejar Hadif Syahmi yang sibuk berlari ke sana kemari. Sempat juga saya bergambar dengan pengantin.


Gambar saya dan anak-anak yang aktif dan tak reti duduk diam. Huru-hara dibuatnya.


Keluar dari dewan, ada taman permainan di luar. Haziq dan Hadif sibuk nak main. Kesian Hana Alesya dapat tengok dari jauh saja. Lagi kesian bila tengok pipi dia lebam sebab jatuh terkena meja sebelum ni nampak jelas.


Kami singgah di Queensbay Mall. FOS ada sales sehingga 3 Oktober ini. Murah-murah betul.


Huzein sibuk memborong. Saya sibuk mengejar anak-anak sambil mengendong Hana Alesya dalam Mei Tai. Pergh... memang penat!

Ini Melkaj Mei Tai saya. Baru sekali ambil gambar bateri kamera habis. Sedih betul sebab saya tak gambar dengan Melkaj ni yang elok. Isk....

2 comments:

Aleyn said...

Banyaknyer jemputan kawin u time raya ni...i satu pun x der..

Aishah Megahasz said...

Aleyn: Kira 2 dalam satulah ni..raya sambil makan kenduri.