Wednesday, October 6, 2010

Sebelum Exam Bermula

Minggu ni Huzein sibuk mengajar Haziq Fahmi. Minggu depan dia akan start exam. Pergh, macam nak ambil exam yang besar-besar macam PMR atau SPM pulak. Tapi, dah jadi kebiasaan Huzein mengajar Haziq bila nak exam. Gigih Huzein buat kertas latihan untuk Haziq. Ini memang saya salute! Memang Huzein rajin mengajar.



Kebiasaannya, Huzein akan mengajar dalam satu-satu tempoh masa, dia akan bagi masa rehat sekejap untuk Haziq dalam 10 - 15 minit. Masa rehat tu Haziq akan buat perkara-perkara yang dia suka macam main ataupun melukis atau apa-apa sajalah.

Malam tu, Hadif dan Hana Alesya pun join sama. Saya beri kertas pada Hadif dan Hana Alesya untuk conteng supaya tak kacau Haziq belajar. Sakan Hadif menconteng. Bila saya tanya, "Hadif lukis apa tu?". Dia jawab, "Bunga api". Logikla gambar macam ni adalah bunga api.


Hana Alesya lagi sakan menconteng, sampai susah nak ambil gambar.


Haziq pun sibuk melukis. Dia kata, dia lukis gambar bangunan.


Lepas tu saya tengok dia sibuk menulis pulak sambil mengeja.


Habis tulis, dia bacakan pada saya.

"Arif suka dekat Shamimi year 5"
"Saya suka makan apple dan nasi beriani"


Lepas tu ada lagi ayat tambahan, tapi saya lupa nak ambil gambar. Ayatnya....

"Arif sangat kuat"

Haziq ni tension nak exam ke? Tapi saya memang gelak guling dengar ayat yang last tu.

2 comments:

Aleyn said...

ehehe...seronok tengok budak2 baru belajar

Aishah Megahasz said...

Baru pandai mengeja sendiri sikit-sikit, itu plak kerja dia. Kalau Arif tau mesti dia marah....hahahaha