Thursday, October 28, 2010

Tidak Perlu Cuti Bersalin 90 Hari?

Semalam saya terbaca artikel ini di dalam Utusan Malaysia. Boleh BACA DI SINI juga.

TIDAK PERLU CUTI BERSALIN 90 HARI

Apabila Perdana Menteri mengumumkan 'hadiah' kerajaan kepada wanita-wanita bersalin percutian selama 90 hari atau tiga bulan, ramai yang menyambut baik dengan menyatakan ia hak wanita. Tidak kurang juga memandang sinis kerana kerajaan Persekutuan kini seperti mengikut jejak kerajaan negeri Kelantan.

Pada hemat saya, cuti bersalin selama 90 hari seharusnya ditolak oleh kebanyakan (atau semua) wanita.

Saya seorang lelaki. Saya tidak kisah jika kerajaan memberikan cuti 90 hari atau 900 hari sekalipun kepada wanita bersalin. Ia tidak merugikan saya atau mana-mana lelaki di Malaysia ini. Malah, ia menguntungkan kami.

Cuti bersalin selama 90 hari hanya merugikan syarikat tempat wanita tersebut bekerja. Tanpa bekerja selama tiga bulan, pihak syarikat terpaksa membayar gaji wanita tersebut dengan percuma. Malah tugasan wanita tersebut perlu ditanggung oleh orang lain. Siapakah yang berhati mulia dan begitu baik untuk menyudahkan kerja wanita bersalin tersebut selama tiga bulan tanpa sebarang ganjaran? Gaji mereka akan tetap sama walaupun beban kerja bertambah.

Atau jika syarikat tersebut berkemampuan, mereka terpaksa mengambil pekerja sampingan untuk menyudahkan kerja wanita bersalin tersebut. Bukankah itu suatu pembaziran kepada syarikat?

Selama 90 hari bercuti tanpa melakukan kerja seakan-akan mematikan sebuah enjin dan perlu menghidupkannya kembali. Ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali 'panas'.

Sikap bersenang-lenang (walaupun mungkin ada yang mengatakan si ibu tidak akan bersenang lenang apabila terpaksa berjaga siang malam menjaga kerenah bayi) selama tiga bulan sedikit sebanyak akan terbawa-bawa setelah habis tempoh tersebut. Ia mengakibatkan produktiviti sesebuah syarikat menjadi lembap.

Maka, apakah impaknya? Mungkin ramai tidak melihatnya. Tetapi jika diteliti dan direnung secara mendalam, ia akan membawa kepada kerugian kepada wanita. Syarikat-syarikat akan menolak untuk mengupah seorang wanita bekerja dalam organisasi mereka.

Semakin ramailah golongan wanita yang menganggur dan seperti diperkatakan, ia menguntungkan pihak lelaki. Kami yang akan dicari untuk mengisi kekosongan di dalam sesebuah syarikat.

Pada waktu itu, mungkin pertubuhan-pertubuhan hak-hak wanita akan mendesak kerajaan membuat satu akta yang membabitkan hukuman terhadap syarikat yang tidak mahu mengupah wanita berkerja. Atau, menyarankan kerajaan meletak kuota supaya kedudukan wanita di dalam organisasi terjamin.

Kira sahaja tempoh 90 hari itu. Terlalu sedap didengar kerana boleh merapatkan hubungan anak dan ibu. Anak yang baru lahir memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu. Mereka memerlukan susu ibu yang tiada tolok tanding dengan mana-mana susu di dunia ini. Namun, apakah selepas 90 hari anak itu akan dilupakan?

Ibu-ibu masih boleh menyusui anak mereka. Ibu-ibu masih boleh bermesra dengan anak-anak mereka walaupun tanpa cuti bersalin selama 90 hari kerana ia seharusnya berbalik kepada sikap ibu tersebut.

Adakah ibu tersebut mahu melakukannya atau tidak? Jika diberi 900 hari cuti bersalin sekali pun, tetapi ibu tersebut rela duduk di hadapan TV menonton sinetron, ia tetap tidak bermakna.

Jika berlaku fenomena-fenomena negatif ekoran kelulusan 90 hari cuti bersalin ini, saya bimbang nanti rakyat akan menyalahkan kerajaan juga. Saya tidak mahu ini terjadi.

AZRAI ABIDIN

Melaka


Tak perlu bagi dia; sebab dia lelaki.
Perlu bagi saya; sebab saya perempuan dan saya seorang ibu

Tak perlu bagi dia; mungkin sebab dia belum berkahwin dan kalau sudah pun mesti tak ambil kisah.
Perlu bagi saya; sebab saya yang mengandung, saya yang menanggung kesakitan, saya yang menyusukan anak, saya yang berjaga malam, sayalah semuanya..... (Eh, En. Huzein pun ada tolong juga!)

Lain-lain saya malas nak komen banyak-banyak. Paling saya tak suka dia gunakan ayat 'bersenang-lenang'. Ceh.....

Saya rasa dia patut baca artikel ini (Sumber: Berita Harian)

Isu produktiviti jadi senjata nafi hak wanita

Yang saya nak highlight di sini tentang cuti bersalin pelbagai negara:

> Brazil - 4 bulan bagi ibu, 7 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100 peratus.

> Cameroon - 3 bulan bagi ibu, 10 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100 peratus.

> China - 3 bulan, gaji dibayar 100 peratus.

> Itali - 5 bulan, 80 peratus gaji dibayar selepas bersalin.

> United Kingdom - 7 bulan, 90 peratus gaji dibayar untuk 6 minggu pertama dan baki 20 minggu gaji dibayar dengan bayaran yang ditetapkan.

> Sweden - peruntukan 450 hari cuti berbayar keibubapaan dan gaji berbayar ketika waktu penyusuan dibuat. Kemudahan disediakan untuk penyusuan.

> Perancis - 16 minggu (4 bulan) cuti bersalin pada 84 peratus gaji minimum harian bagi anak pertama dan kedua. Untuk anak yang berikutnya cuti adalah 24 minggu (6 bulan).

> Norway - cuti bersalin 42 minggu pada gaji penuh atau 52 minggu pada 80 peratus gaji. Negara itu juga mempertimbangkan pilihan cuti keibubapaan anjal dan waktu kerja anjal sehingga dua tahun mengikut keperluan pekerja.

> Belanda - menyediakan manfaat cuti bersalin 16 minggu dengan cuti berbayar penuh diikuti oleh cuti keibubapaan tidak berbayar sehingga enam bulan.

SAYA TIBA-TIBA RASA NAK PINDAH DUDUK SWEDEN!

9 comments:

nora said...

eii...geram gak baca artikel/surat tu!!!dia x rasa mmg akan ckp benda2mcm tu..smlm baru dok sembang ngan sorang resident kat tpt nora..dia dr europe..x ingat nama tpt dia...diorg dpt 2yrs utk make sure the baby gets the benefit from the exclusive breastfeeding...she surprised that we just got 60days with the baby....:(

Najwa said...

wawa stuju dgn aishah, mungkin dia belum berkahwin dan dia mmg tak penah amik tahu pun psl wanita yang mengandung, bersalin, berpantang & menyusukan anak.

oren said...

apa kata awak bagi feedback pada tulisan mamat tuh?? sertakan jugak fakta yg awak tulis kat entry nih..

Aishah Megahasz said...

Nora: Tula, jadi geram bila baca. Kak Aishah boleh terima orang kata lelaki Melayu tak romentik. Tapi kalau semua lelaki Melayu macam mamat ni, memang tak boleh terima.

Najwa: Ini jenis fikir diri sendiri saja kot? Entahlah....

Oren: Malasla layan orang macam ni. Nanti kita kata macam ni, dia kata macam tu. Kita kata macam tu, dia kata macam ni. Mesti berdolak-dalih.

intonne said...

susahla org mcm ni...xsupportive langsung...anak2 kita ni la yg akan menjadi pemimpin negara satu hari nnt...bila lg nk stat bina golongan pelapis yg berkualiti dan berkreativiti tinggi kalo bkn dr kecik...with development, kena ada sacrifices...asbestos tol mamat ni!! geram2!!

Aishah Megahasz said...

Intonne: Memang geram bila baca komen mamat ni.

m@Ri@ said...

em penah citer kat husband psl ni...husband ckp org tu bodoh..kalau perempuan lagi die kata bodoh..em negara lain cuti lagi byk tak kata ape pn..

Aishah Megahasz said...

Maria: Memang dia lelaki yang tak memahami.

awin hashim said...

kalau dia masih berpandangan begini skrg, saya doa semoga dia berkahwin dan dapat isteri yg sentiasa clingy yg membuatkan dia sndiri terasa beban seorang isteri "bersenanglenang" menjaga anak newborn. isteri dia tu biarlah org yg memang tak independent supaya sentiasa bergantung dkt dia ni supaya dia rasa susah dan terbeban.. semoga isteri dia akan buat dia terpaksa mengambil cuti extra sebab anak newborn tu.. amin.