Monday, November 1, 2010

Aktiviti Pagi Sabtu

Ini aktiviti saya dan family hari Sabtu lepas. Pagi Sabtu tu, lepas ke tadika Haziq untuk ambil result exam dia (Tadika Haziq di depan rumah saya saja), kami berjalan ke kedai. Boleh tahan jauh juga kedai tu.


Haziq dan Hadif sangat teruja sebab tahu kalau pergi kedai mesti dapat makan aiskrim. Hana Alesya, boring sebab saya kendong dia. Malas nak bagi jalan sebab jauh sangat. Kalau penat nanti, akhirnya saya kena dukung juga.



Di pertengahan jalan, kami disalak anjing. Nasib baik ada Huzein, kalau tak mesti saya dah lari.


Inilah satu-satunya kedai yang berdekatan dengan kediaman saya. Yang oknya sebab ada barang basah yang dijual di sini. Time terdesak atau malas ke pasar, bolehla beli ikan atau sayur untuk masak.


Dah jalan jauh-jauh teman Ibu ke kedai sebagai upah semua dapat makan aiskrim. Yippie!


Hana Alesya pun dapat juga. Bersungguh dia makan sampai Mei-Tai saya comot kena aiskrim.



Sebelum balik rumah, singgah sekejap di taman mainan. Layankan saja, asal anak happy.







Ok, dah start panas ni. Matahari dah naik, jom kita balik.

No comments: