Tuesday, November 23, 2010

Babywearing Yang Selamat; Cara Saya



1) Ruang Udara
Pastikan ada ruang udara bagi membolehkan bayi bernafas dengan elok. Kedudukan muka bayi tidak terlalu rapat dengan dada ibu dan bayi boleh memalingkan muka ke kiri dan ke kanan. Pastikan juga kain tidak menutup muka dan kepala bayi.

2) Tudung
Pilih tudung yang ringkas dan tidak mempunyai terlalu banyak manik. Manik yang terlalu banyak berkemungkinan boleh mencederakan bayi.

3) Aksesori
Elakkan aksesori yang tajam. Sekiranya menggunakan pin atau keronsang pada tudung, pastikan kedudukannya tidak boleh terkena pada bayi. Memandangkan biasanya bayi akan meletakkan kepala mereka pada dada ibu, penggunaan rantai leher yang mepunyai buah rantai yang tajam tidak digalakkan.

4) Cara Pakai
Belajar cara pakai gendongan bayi dengan betul sama ada dari mereka yang lebih pandai ataupun dengan menonton video. Sekiranya gendongan dipakai dengan cara yang betul, ibu tidak akan ada masalah sakit bahu atau pinggang dan bayi juga selesa. Cara pemakaian yagn salah boleh menyebabkan bahagian pelipat kaki bayi sakit dan berbekas.

5) Pilihan fabrik
Pilih fabrik yang sesuai dengan cuaca. Sekiranya bayi di bawa ke luar pilih fabrik yang tidak panas dan boleh membuatkan bayi tidak selesa.

6) Ikatan Kendongan
Ikatan yang kemas akan mengelakkan bayi melandut dan selesa dikendong. Jadi, ibu tidak perlu risau bayi akan terjatuh dan cedera.

7) Pakaian ibu
Pilih pakaian yang selesa dan ringkas. Tidak terlalu banyak hiasan seperti manik dan beropol. Pakai yang selesa menjamin keselesaan ibu dan bayi yang dikendong.

8) Hands Free
Sekiranya gendongan dipakai dengan cara yang betul, pastinya ibu tidak perlu memegang lagi bayi. Tangan yang ada boleh memenuhi keperluan yang lain seperti memegang beg.

9) Kedudukan Bayi
Bayi perlu berada di kedudukan di mana punggungnya lebih tinggi daripada lutut.. Dengan ini, berat bayi akan ditampung di bahagian punggung. Bayi lebih selesa berada pada kedudukan ini. Jangan lupa juga sentiasa periksa kedudukan dan keadaan bayi dari semasa ke semasa.

10) Jenis Pengendong
Jenis gendongan juga perlu dipilih mengikut jenis yang bersesuaian dengan umur dan berat bayi. Bagi bayi yang kecil, lebih selesa menggunakan Pouch dan Ring Sling. Bila bayi semakin berat, Mei Tai dan SSC menjadi pilihan.

10 comments:

Hidayah said...

aduh rajinye la menulis ehehehehe.bila nak g jalan2 uptown kita promote babywearing kat sana hehe

Wan Anie said...

wah... menarik :)

Rozy said...

ada can menang ni.. hehehhe

Aishah Megahasz said...

Hidayah: Nak pegi juga ke uptown tu tapi petang2 asyik hujan je. Ada rezeki nanti sampaila

Wan Anie: Menarik...tertarik tak?

Rozy: Ni versi panjang suka suki saja. Rasanya orang lain yang menang.

ieda said...

salam kenal dikk

good infoo selalu baca .. tapi akak x pernah lagi beli sbb anak2 akak semua lahir beso2 hehehe
x larat nak kendung mcm nie heheheh

AyuArjuna BiGoshh said...

aisyah ...ayu pakai sling baby tapi sakit bahu ler...salah cara pakai ke?

Aishah Megahasz said...

Kak Ieda: (eh betul ke akak, ke saya yang tua..hehehehe) kalu kendong macam ni sampai anak berat dalam 13kg. Anak2 saya pun lahir berat2. Hana Alesya tu 3.6kg masa lahir.

Ayu: Mungkin cara pakai salah kot. Carik kat youtube cara pakai. Dah beli rugi tak pakai.

sumpit said...

wah info menarik ni... sukanyer.. tak lama lagi aku la pulak kena pakai kantung kanggaru ni

Aishah Megahasz said...

Sumpit: Jom join the club. Happy babywearing!

siti sihat cergas shaklee said...

Trima ksih puan.info ni sgt bguna utk sy. Bru 1st time nk bljr baby wearing:-)
Jemput dtg ke blog sy ye puan
www.mamaizara.blogspot.com