Thursday, November 18, 2010

Konsert Akhir Tahun TMC 2010

Sekali lagi tahun ini saya menghadiri konsert akhir tahun Tadika Minda Cerdas (TMC). Rasanya yang paling excited mestila Haziq Fahmi sebab dia banyak ambil bahagian. Sampaikan bila dia nakal, saya cakap tak nak bagi dia pergi konsert. Terus jadi baik.

Seperti biasa, tak pernahnya kami sekeluarga sampai awal. Walaupun lambat, ramai lagi yang belum sampai.


Ini gambar semua pelajar-pelajar TMC bersama Pengetua dan tenaga pengajarnya. Haziq Fahmi duduk no. 3 dari kiri.


Konsert kali ni macam tahun lepas juga buat di Kulim Golf Resort. Sampai di sana, saya lepak dengan Suraya. Nampak tak saya pakai bunga? Tu bukan saja-saja pakai tau, kena dera dengan Huzein Fahmi untuk beri ucapan. Sepatutnya dia, tapi dia suruh saya. Sudahlah tak bersedia, nasib baik tak merapu bila dapat microphone.


Program malam tu dimulakan dengan lagu Negaraku.


Antara yang Haziq Fahmi masuk adalah lagu untuk pembukaan, lagu bola. Tajuk saya tak tahu hehehehehee....


Yang ini menari. Lagunya, sekali lagi saya tak tahu hehehehehee.....


Seterusnya Haziq Fahmi menyampaikan poem. Tajuk poem saya tak tahu hehehehehee.....


Ok, ok.... kali ni saya tahu tajuk lagunya. Haziq Fahmi menari berpasangan dengan Shamimi lagu 'Lodeh Mak Lodeh'.


Last sekali Haziq dan kawan-kawan menyanyi lagu beramai-ramai.



Hadif Syahmi join abahnya dekat depan untuk ambil gambar dengan video kamera.


Lepas beri ucapan (gambar masa beri ucapan Huzein tak ambil....huhuhuhuhu...) saya kurung Hana Alesya dalam ring sling. Dia asyik berlari ke sana ke mari. Penat nak mengejar.


Sekejap saja masuk dalam ring sling dia dah cakap nak 'nenen'. Saya pun pusing dia ke 'craddle carry' dan menyusukan dia. Tiba-tiba je rasa senang menyusu sambil babywearing ni, padahal sebelum ni cuba tak menjadi. Akhirnya Hana Alesya ketiduran. Lega sikit saya.

Memandangkan sebelum pergi konsert saya tak sempat nak makan, perut pun berlagu samalah. Nasib baik ada bihun goreng dihidangkan di luar dewan. Saya ambil dan makan dalam dewan sambil tengok konsert.


Sambil tu suapkan Hadif Syahmi sama. Kagum tak?


Habis saja program, Hadif Syahmi sibuk join semua student kat atas pentang. Melompat-lompat, kalau roboh pentas macamana?


Acara penutup adalah sambutan hari lahir beramai-ramai. Beria Haziq potong kek. Kek pun terpenyek sikit sebab Hadif tertekan dekat atas kotak kek tu. Nasib baik sikit saja, kalau tidak haruslah ibu kena beli lain.


Sebelum balik, Haziq ambil gambar dengan Teacher Noor, Teacher Loh dan Teacher Shiela. Cuma Teacher Jamnah saja tak ada.


Sebagai ibu, saya bangga dengan Haziq Fahmi. Bukan sebab malam tu dia tunjuk yang dia pandai menyanyi atau menari. Bagi saya menyanyi dan menari di atas pentas salah satu cara menunjukkan keyakinan diri. Tapi, saya bangga sebabnya.....



Serius saya tak tahu dia dapat best student. Bila diumumkan pada konsert malam tu baru saya tahu. Harapnya tahun-tahun akan datang dia akan rajin belajar dan berusaha untuk jadi yang terbaik.

Terima kasih pada tenaga pengajar di TMC yang begitu gigih mengajar.

No comments: